Pages

21 September 2008

Sayur campur

Bahan-bahan:
100gm udang
100gm kacang pis
1 paket jagung muda
5 biji cendawan butang
1 biji lobak mera
2 ulas bawang putih - diketuk
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar minyak untuk menumis
1 cawan stok ayam
garam secukup rasa
1 sudu teh tepung jagung - dicampurkan dengan sedikit air

cara:
  1. semua sayuran dipotong mengikut citarasa
  2. panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga naik bau
  3. masukkan semua sayuran dan garam. gaul sehingga sebati
  4. tambahkan stok ayam dan sos tiram
  5. biarkan ianya mendidih seketika. kemudian masukkan tepung jagung untuk memekatkan kuah
  6. hidangkan bersama2 dengan nasi putih

1 comments:

Tie said...

Kak tie suka benar sayur2 nih...tapi baru dpt tahu bunga kobis tak elok utk penglihatan..napa yek?? Kak tie minat betul bunga kobis tu..agaknya sebab tu mata kak tie ni dah mula rabun laa...

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin