Bahan-bahan:
Bahan2 untuk nasi:
1kg beras - cuci dan toskan
1/2 cawan halia yang telah dikisar
1/2 cawan bawang putih yang telah dikisar
3 helai daun pandan - disimpul
1/2 sudu makan garam
serbuk perasa
air paras sukatan beras
minyak untuk menumis
cara:
1. panaskan minyak dalam periuk nasi
2. kemudian masukkan daun pandan, halia dan bawang putih yang telah dikisar. tumis sehingga naik bau
3. masukkan garam, serbuk perasa dan air (sukat air mengikut paras beras) dan gaulkan rata
4. masukkan beras dan gaulkan sebati
5. kemudian tutup periuk nasi dan biarkan nasi sehingga masak
Bahan2 untuk kuah cili:
15 biji cili hidup
5 ulas bawang putih
1 ibu jari halia
15 biji limau kasturi - ambil jus (boleh juga guna limau nipis)
3/4 cawan air masak
1 sudu teh garam
1/2 cawan gula
cara:
1. kisar bawang putih, halia dan cili hidup bersama2 dengan jus limau, garam dan gula
2. kemudian masukkan air masak, kisar lagi
3. tambahkan garam dan gula jika kurang
4. hidangkan bersama2 dengan nasi ayam dan kuah sup
Bahan2 untuk ayam goreng madu:
1 ekor ayam
3 sudu besar madu
4 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap
1 sudu besar minyak bijan
air untuk merebus secukupnya
minyak untuk menumis
Bahan2 kisar:
1 ibu jari halia
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
cara:
1. bersihkan ayam dan jangan dipotong biarkan ia seekor
2. panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan2 kisar sehingga naik bau
3. kemudian masukkan air dan biarkan ia mendidih
4. masukkan ayam dan rebus sehingga ayam masak (kalau nak tahu ayam sudah masak atau belum cucukkan pehanya dan sekiranya tidak ada darah angkat ayam dan toskan airnya)
5. campurkan madu, sos tiram, kicap dan minyak bijan di dalam mangkuk besar
6. sapukan rata pada ayam dan perap selama 1-2 jam
7. gorengkan ayam dengan minyak yang banyak dan terendam. biarkan kulit ayam garing dan jangan goreng terlalu lama cukup sekadar untuk garingkan kulitnya
8. angkat dan toskan minyaknya
Bahan2 untk ayam goreng ketumbar:
1 ekor ayam - dipotong kecil
2 sudu makan pes halia
2 sudu makan pes bawang putih
2 sudu makan serbuk ketumbar
1/2 sudu makan serbuk jintan halus
kunyit serbuk secukupnya
garam secukup rasa
cara:
1. gaul kesemua bahan dan goreng ayam sehingga garing
2. jika ingin ayam goreng yang bersalut tepung garing seperti KFC, selepas gaul rata bahan2 di atas boleh ditaburkan tepung beras secukupnya untuk menyalut ayam dan kemudian digoreng sehingga garing
Bahan2 untuk ayam rebus style hainan:
1 ekor ayam
sedikit garam
air secukupnya untuk merebus
cara:
1. bersihkan ayam dan dibasuh dengan air garam, jangan dipotong, biarkan ianya seekor
2. kemudian gantung ayam untuk dikeringkan seketika
3. masak air dalam periuk besar (air mesti cukup untuk tenggelamkan ayam) sehingga mendidih
4. masukkan ayam dan kecilkan api dan rebus untuk selama 40 min
5. cucuk peha ayam untuk tahu ayam sudah masak ke belum
6. ayam tidak boleh direbus terlalu lama takut dagingnya tidak sedap. pandai agak2
7. jika tidak berdarah lagi bolehlah diangkat ayam dan gantung untuk toskan airnya
8. biarkan ayam betul2 sejuk baru dipotong supaya dagingnya tidak hancur
9. potong ayam macam yang jual dikedai. tuangkan sedikit kicap cair an minyak bijan atas ayam dan hidangkan bersama2 dengan nasi ayam
Cara untuk membuat kuah sup:
1. gunakan air rebusan ayam untuk ayam goreng madu ataupun ayam rebus style hainan
2. tambahkan garam dan serbuk perasa secukupnya
3. taburkan daun sup dan bawang goreng
source: D
0 comments:
Post a Comment