Pages

Showing posts with label Sayur. Show all posts
Showing posts with label Sayur. Show all posts

18 July 2010

Sup bebola ikan & petola

Bahan-bahan:
1 biji petola - dibuang kulit dan dipotong mengikut suka
1 paket bebola ikan - dibelah 2 atau 4
1 labu bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 paket suun - direndam
sedikit daun sup & daun bawang - dihiris
1 sudu teh campuran serbuk lada sulah & lada hitam
minyak untuk menumis
garam secukup rasa
air secukupnya

cara:
  • panaskan minyak di dalam periuk
  • tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau
  • kemudian masukkan air mengikut sukatan sendiri
  • apabila mendidih masukkan serbuk lada sulah, lada hitam, petola dan bebola ikan
  • kacau rata
  • biarkan mendidih sekali lagi
  • kemudian masukkan garam dan akhir sekali masukkan suun
  • hidangkan sup bersama dengan hirisan daun sup dan daun bawang
  • sedap dihidangkan panas2 bersama dengan nasi putih dan sambal

source: buku selera ramadhan, rubiah suparman

18 May 2010

Kerabu ayam

Bahan-bahan:
4 - 5 potongan ayam - ambil bahagian isi sahaja
1 labu bawang besar - dihiris bulat
3 biji buah tomato - buang empulur dan hiriskan atau potong dadu besar
10 biji cili padi - hiris (terpulang pada kepedasan masing2)
5 helai daun limau purut - dihiris
1/2 biji timun - buang empulur dan potong panjang macam batang mancis
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan cuka/air limau nipis/air asam jawa
garam dan gula secukup rasa

cara:
  • potong isi ayam kecil2 dan rebus
  • kemudian toskan
  • gaulkan isi ayam dengan semua bahan yang lain
  • perasakan dengan garam, gula, sos cili dan cuka
  • gaulkan sebati
  • siap untuk dihidangkan dengan nasi putih atau ratah begitu sahaja

source: aziemas, myr

4 March 2010

Rojak tauhu

Bahan-bahan (5 orang):
5 keping
1 biji timun
1 biji sengkuang
sedikit kunyit serbuk dan garam - untuk rendam tauhu

bahan2 untuk kuah:
3 ulas bawang putih
10 biji cili padi
1 cawan kacang tanah yang telah digoreng
5 sudu besar gula merah
4 sudu besar kicap
sedikit air asam jawa
5 sudu besar air

cara:
  • kacang tanah yang telah digoreng dikisar kasar dan ketepikan
  • tauhu dipotong dua dan direndam selama 5 min di dalam air campuran serbuk kunyit dan garam
  • kemudian goreng tauhu sehingga garing dan ketepikan
  • potong dan hiris timun dan sengkuang
  • ketepikan
  • kisar bawang putih dan cili padi sehingga halus
  • larutkan gula merah dengan 5 sudu air
  • tapiskan ke dalam mangkuk
  • kemudian campurkan bahan2 kisar ke dalam gula merah tadi
  • masukan kicap dan air asam jawa (kepekatan dan kecairan kuah bergantung pada banyaknya air asam jawa yang digunakan)
  • kacaukan sebati
  • tauhu yang telah digoreng tadi di hidangkan ke atas piring
  • taburkan timun dan sengkuang
  • kemudian tuangkan kuah
  • akhir sekali taburkan kacang tanah
  • sedia dihidangkan

source: goldenmanja, myr

8 November 2009

Salad buah mangga

Bahan-bahan (2-3 orang):
2 biji buah mangga muda - sebesar saiz tapak tangan
15gm belacan - dibakar
2 biji bawang merah - dimayang halus
3 batang cili padi hijau - dicincang / dihiris halus
2 batang cili padi merah - dicincang / dihiris halus
2 camt sos ikan nampla
2 biji limau kasturi - ambil jusnya (boleh digantikan dengan limau nipis)
garam dan gula secukupnya
3 camb kacang yang telah ditumbuk kasar

cara:
  • hancurkan belacan dengan menggunakan belakang garpu supaya hancur berderai dan ketepikan
  • buah mangga dikupas kulit dan disagat memanjang dan ketepikan
  • di dalam mangkuk yang besar satukan semua bahan kecuali kacang dan garam
  • gaul perlahan2 sehingga sebati
  • jika kurang masinnya bolehlah ditambahkan garam
  • hidangkan di dalam mangkuk dan taburkan dengan kacang tumbuk
  • sedap dimakan bersama2 nasi putih, kari ikan dan lauk pauk yang lain

source: k.nis

5 October 2009

Tauhu poket

Bahan-bahan (10 keping):
5 keping tauhu
5ogm isi udang - dicincang halus
1/2 labu bawang besar - dipotong dadu
1 inci karot - disagat
2 helai daun ketumbar - dihiris halus
2 sudu besr telur - lebih kurang 1/2 biji
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil pati ikan bilis
garam secukup rasa

cara:
  • tauhu dipotong dua
  • kemudian dikorek isinya dengan menggunakan sudu kecil
  • jangan dibuang isinya tetapi di letakkan di dalam mangkuk dan hancurkan dengan menggunakan belakang sudu
  • kemudian satukan isi tauhu tadi dengan bahan2 yang lain dan gaulkan sebati
  • isikan ke dalam tauhu yang telah dikorekkan isinya tadi dan lakukan sehingga habis
  • goreng dengan minyak yang terendam (deep fry) sehingga kekuningan
  • hidangkan panas2 dengan cili sos

source: che iza, myr

9 July 2009

Acar nenas

Bahan-bahan:
1 biji nenas - dikupas & dihiris kecil (boleh juga gunakan nenas dalam tin pada yg tinggal perantauan)
150ml cuka
60ml minyak masak
2 sudu makan gula pasir
5 biji cili merah - dibelah 2
4 biji cili hijau - dibelah 2
2 labu bawang besar - dibelah 8
10 ulas bawang merah - dibelah 2
2 ulas bawang putih - dibelah 2
garam secukup rasa

Bahan2 kisar:
5 biji buah keras
3cm halia
2 sudu makan udang kering - direndam
sedikit belacan

cara:
  • panaskan minyak
  • tumis bawang besar, bawang putih dan bawang merah hingga berbau wangi
  • angkat dan ketepikan
  • panaskan semula minyak
  • tumis bahan2 kisar sehingga berbau
  • masukkan gula pasir, garam dan cuka
  • masak di atas api perlahan sehingga mendidih
  • satukan nenas, cili merah, cili hijau dan semua bawang di dalam mangkuk besar
  • tuangkan bahan2 tumis ke dalam nenas
  • biarkan 3 jam sebelum dihidangkan

source: puan norzailina nordin

4 January 2009

Salad

Bahan-bahan:
lettuce - dipotong ikut suka masing2
buah tomato - dipotong dadu/wedges
bawang besar - dihiris bulat atau dipotong dadu

Bahan2 untuk dressing:
cuka
gula pasir
olive oil
garam
black pepper - crushed

cara:
  • satukan bahan2 dressing di dalam mangkuk dan rasakan dengan kesesuaian selera masing2
  • masukkan sayur2 ke dalam mangkuk berisi dressing tadi dan gaulkan rata
  • sesuai dihidangkan dengan nasi putih bersama dengan lauk pauk

29 December 2008

Gulai nangka muda

Bahan-bahan:
3 cawan nangka muda – dibuang kulit dan dipotong kiub
½ cawan ikan bilis – rendam sekejap
2cm halia – ditumbuk kasar
3 ulas bawang putih – ditumbuk
5 biji bawang merah – ditumbuk
4 camb serbuk kari ayam/daging – campurkan dengan ½ cawan air jadikan paste
¾ cawan santan atau yogurt
3 cawan air
4 camb minyak
garam dan gula secukup rasa

Bahan2 penumis:
5 kuntum bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang

cara:
  1. rebus nangka sehingga lembut, toskan airnya dan letak tepi
  2. panaskan minyak di dalam periuk tumiskan bahan2 penumis sehingga naik wangi
  3. masukkan rempah kari dan kacaukan rata sehingga garing
  4. kemudian masukkan air, nangka, ikan bilis dan biarkan sehingga mendidih
  5. setelah itu masukkan pula santan, garam dan gula secukup rasa
  6. renehkan selama 5-10 min
  7. hidangkan dengan nasi putih

note: boleh gantikan ikan bilis dengan ayam atau daging dipotong kiub

source: 1001

14 December 2008

Kacang buncis goreng

Bahan-bahan:
100gm kacang buncis - dipotong memanjang serong
50gm ubi kentang - dipotong wedges
1 biji bawang merah - dimayang
1 batang lada merah - dihiris
1 batang lada hijau - dihiris
1 sudu kecil halia - di tumbuk halus
1 tangkai daun kari
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil air
2 biji buah tomato - dipotong dadu kasar
segenggam bijan - disangar
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis

cara:
  1. panaskan minyak
  2. tumiskan bawang, lada merah, lada hijau, halia dan daun kari
  3. setelah bawang layu masukkan ubi kentang
  4. goreng sehingga ubi kentang separuh masak
  5. masukkan pula kacang buncis, serbuk kunyit, air, garam dan gula secukup rasa
  6. masak lagi sambil dikacau supaya sebati
  7. setelah ubi kentang hampir empuk, masukkan pula buah tomato
  8. kacau sehingga sebati
  9. sebelum diangkat taburkan dengan bijan
  10. hidangkan bersama2 dengan nasi putih

source: rossya

10 November 2008

Sup petola

Bahan-bahan:
1 batang sayur petola - dibuang kulit dan dipotong bulat2
1 paket fish ball - dibelah 2
sedikit ikan bilis - direndam
sedikit suhun - direndam
2 biji bawang merah - dimayang
1 ulas bawang putih - dimayang
sedikit lada sulah
garam dan gula secukup rasa
air secukupnya

cara:
  1. panaskan periuk dan tumiskan bahan2 mayang sehingga naik bau
  2. kemudian masukkan ikan bilis, serbuk lada sulah dan kacau sehingga sebati
  3. masukkan pula fishball dan kacau rata
  4. setelah itu masukkan sayur petola dan kacau seketika sehingga ianya agak layu
  5. tuangkan air secukupnya dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
  6. akhir sekali barulah dimasukkan suhun dan kacaukan sehingga sebati
  7. hidangkan bersama2 dengan nasi putih dan lawankan dengan sambal

7 October 2008

Asparagus goreng

Bahan-bahan:
1 paket asparagus - potong ikut suka
200gm udang
5 biji cendawan butang - dibelah 4
2 ulas bawang putih - diketuk
1 sudu besar sos tiram
1 camt serbuk lada hitam
2 titis minyak bijan
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

cara:
  • panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bawang putih sehingga sedikit layu
  • kemudian masukkan udang dan kacau seketika
  • setelah itu masukkan sos tiram, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa
  • masukkan asparagus dan cendawan butang. kacau sehingga asparagus lembut
  • akhir sekali titiskan minyak bijan dan gaulkan semua bahan sehingga sebati
  • hidangkan bersama2 dengan nasi putih

1 October 2008

Sambal goreng tempe dan ikan bilis

Bahan-bahan:
Bahan2 goreng:
1 paket tempe - dipotong kecil dan goreng, ketepikan
1 biji ubi kentang - dihiris bulat atau dipotong kecil, goreng, ketepikan
1 cawan ikan bilis - digoreng, ketepikan

Bahan2 dikisar:
20 tangkai cili kering
2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
sedikit belacan - optional

1 sudu besar cuka
garam dan gula secukup rasa
minyak

cara:
  • panaskan kuali dan tumiskan bahan2 kisar sehingga garing
  • selepas itu masukkan cuka, garam dan gula secukup rasa
  • bila sudah naik minyak dan pekat barulah dimasukkan bahan2 goreng tadi
  • gaulkan sehingga sebati
  • hidangkan bersama2 dengan nasi panas dan lauk pauk yang lain

source: k.hanieliza

21 September 2008

Sayur campur

Bahan-bahan:
100gm udang
100gm kacang pis
1 paket jagung muda
5 biji cendawan butang
1 biji lobak mera
2 ulas bawang putih - diketuk
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar minyak untuk menumis
1 cawan stok ayam
garam secukup rasa
1 sudu teh tepung jagung - dicampurkan dengan sedikit air

cara:
  1. semua sayuran dipotong mengikut citarasa
  2. panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga naik bau
  3. masukkan semua sayuran dan garam. gaul sehingga sebati
  4. tambahkan stok ayam dan sos tiram
  5. biarkan ianya mendidih seketika. kemudian masukkan tepung jagung untuk memekatkan kuah
  6. hidangkan bersama2 dengan nasi putih

23 May 2008

Chicken and broccoli stir fry

Bahan-bahan (hidangan 4 orang):
1 head of broccoli - size kecil, potong dan bersihkan
1 biji capcisum merah - dipotong dadu
2 tangkai daun bawang - dipotong 2"
3 keping chicken breasts - dipotong dadu
1/2 cawan stok ayam - dibahagi dua
2 camt kicap
1 camb tepung jagung
1 camb sos tiram
1 camt minyak bijan
1/3 camt cili kisar
3 camb minyak
3 camt bawang putih - dicincang
1 camb halia - dicincang
1/3 cawan gajus

cara:

1. campurkan 1/4 cawan stok ayam, kicap, tepung jagung, sos tiram, minyak bijan, cili kisar dan kacau sehingga sebati. ketepikan
2. sementara itu panaskan kuali dengan 1 1/2 camb minyak dan gorengkan ayam selama 3-4 min. ketepikan
3. setelah itu tumiskan bawang putih dan halia sehingga wangi
4. kemudian masukkan pula broccoli dan capcisum, kacau lagi selama 1 min. masukkan pula daun bawang dan kacau lagi
5. tuangkan 1/4 cawan stok ayam dan biarkan sehingga broccoli separuh masak
6. masukkan pula ayam yang telah digoreng tadi dan kacau sehingga sebati
7. setelah itu tuangkan campuran sos dan kacau sehingga ayam benar2 masak dan sebati
8. bolehlah ditaburkan dengan gajus dan sedia untuk dihidangkan

5 April 2008

Kangkong goreng

Bahan-bahan:
500gm kangkong - disiang, dipotong 1/2 jari panjang, cuci bersih dan toskan
50gm udang kering - cuci bersih dan rendamkan
5 biji lada kering
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

cara:

1. kisar halus udang kering, lada kering, bawang besar dan bawang putih
2. panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan rempah kisar sehingga garing dan wangi
3. masukkan kangkong. balik2kan, taburkan sedikit garam
4. bila batangnya sudah lembut, matikan api, alihkan ke dalam mangkuk

2 April 2008

Pajeri bombay

Bahan-bahan:
Bahan2 A:
5 ulas bawang merah - dimayang
3 ulas bawang putih - dimayang
1 batang kulit kayu manis
2 kuntuk bunga lawang
5 biji buah pelaga
1 sudu kecil serbuk kunyit
20gm udang kering - direndam

Bahan2 B:
1 biji nenas - kupas nenas, belah 2 dan dipotong setebal 2cm
2 biji cili merah - dihiris
2 biji cili hijau - dihiris
1/2 cawan air
2 sudu besar minyak masak
garam dan gula secukup rasa

cara:

1. panaskan minyak dan tumiskan bahan2 A hingga terbit bau
2. kemudian masukkan cili merah, cili hijau, nenas, air, gula dan garam secukup rasa
3. gaul sehingga sekata dan masaklah sehingga mendidih
4. sedap di hidangkan bersama2 dengan sebarang nasi

24 March 2008

Tahu goreng

Bahan-bahan:
6-8 keping tahu - dicuci bersih dan digoreng
200gm tauge - buang kepala dan ekor
2 biji timun - dicuci bersih dan diparut/dihiris macam mancis
100ml kicap pekat manis
50ml kicap lemak manis
75gm gula tanjung atau gula pasir
10 biji atau lebih limau kasturi - kalau tak ada boleh digantikan dengan asam jawa
300-500gm kacang tanah - digoreng dan ditumbuk kasara
sedikit air masak
garam secukup rasa

Bahan2 kisar:
8 biji cili merah
8 ulas bawang putih
12 biji cili padi

cara:

1. gaul bahan2 kisar dengan kacang tanah
2. masukkan kedua2 jenis kicap, gula, garam, jus limau kasturi dan secukup air
3. bahan2 nie hendaklah dimasukkan sedikit2 terutama sekali gula, garam dan jus limau kasturi. sambal tahu goreng tidak boleh cair. ia harus pekat kerana air tahu adakalanya akan banyak mengalir keluar
4. cara menghidang: tahu yang baru digoreng, dipotong dadu kasar. letak dipinggan dan toskan airnya. hias dengan tauge dan timun. kemudian tuang sambal kacang diatasnya
5. enak dimakan semasa tahunya masih panas

28 February 2008

Pajeri nenas

Bahan-bahan:
1 biji nenas - dibelah 2 dan dipotong setebal 2cm
1 mangkuk santan pekat
1 paket serbuk kari daging - dibancuh dengan sedikit air panas
1 sudu besar kerisik
garam & gula secukup rasa
minyak untuk menumis

Bahan2 dihiris/ditumbuk/diblend:
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sejemput udang kering - direndam

Bahan2 untuk menumis:
1 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
1 tangkai daun kari

cara:

1. panaskan minyak, masukkan bahan2 penumis dan bahan2 tumbuk masak sehingga terbit baunya
2. masukkan daun kari masak sehingga wangi
3. kemudian masukkan pula serbuk kari, garam dan kerisik. kacau dan masak dengan api perlahan sehingga naik minyak
4. setelah itu bolehlah dimasukkan santan dan gula. bila kuah hampir pekat baru masukkan nenas
5. masak hingga nenas lembut

6 December 2007

Kerabu mangga muda

Bahan-bahan:
3 biji mangga muda - dimayang memanjang
5 ulas bawang merah - dihiris nipis
6 biji cili padi - dihiris nipis
ikan bilis - digoreng
kacang tanah - digoreng dan dibuang kulit
1 sudu besar gula
2 sudu besar sos ikan
3 biji limau nipis - ambil jus
garam secukup rasa

cara:
  • gaulkan hirisan mangga, bawang, cili padi, gula, sos ikan, garam dan jus limau
  • masukkan kacang tanah dan ikan bilis
  • kacau kesemua bahan sehingga sebati
  • bolehlah dihidangkan segera atau disekukkan dahulu di dalam fridge selama 1/2 jam
note: jangan campurkan semua bahan terlalu awal kerana ikan bilis dan kacang tanah akan menjadi liat dan lemau. gaulkan ke semua bahan +-10 min sebelum dihidangkan supaya ia rasa segar

1 December 2007

Gado-gado

Bahan-bahan sampingan:
Nasi impit
Kacang panjang - dipotong 2cm dan dicelur
Telur - direbus
Ubi kentang - dibuang kulit & direbus
Timun - dipotong ikut suka
Tauhu - digoreng & dipotong ikut suka
Tempe - digoreng & dipotong ikut suka
Keropok - digoreng
Bawang goreng

Bahan2 utk kuah:
Bahan kisar:
6 biji cili kering - buang biji & direndam (kalau nak pedas boleh tambah)
7 biji bawang merah
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1cm lengkuas
1 batang serai

300gm kacang tanah - disangar, kupas kulit & ditumbuk or blend kasar
2 camb kicap masin
4 camb air asam jawa yg telah diramas dengan 1 cawan air - lebihkan pun tak apa
4 camb gula melaka
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

cara:

  • panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar hingga garing dan naik minyak
  • masukkan gula dan garam serta sedikit air dan biarkan sehingga mendidih dibahagian tepi periuk atau kuali
  • masukkan kacang tanah dan gaul rata
  • masukkan pula air asa dan kicap masin. tambah air jika kuah terlalu pekat
  • perasakan dengan garam dan gula setelah itu bolehlah dihidangkan bersama2 dengan bahan2 sampingan yang lain


source: k.nis
Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin