Pages

Showing posts with label Seafood. Show all posts
Showing posts with label Seafood. Show all posts

18 August 2010

Pergedil udang

Bahan-bahan:
200gm ubi kentang
150-200gm udang
2 tangkai cili merah - dicincang halus
2 pokok daun bawang - dicincang/dihiris halus
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar tepung jagung
garam secukup rasa

1 biji telur - dipukul sedikit
minyak untuk menggoreng

cara:


  • rebuskan ubi kentang dan lecekkan menjadi halus (jangan rebus terlalu lembut sangat)
  • cincangkan udang sehingga kasar
  • satukan ubi kentang lecek, udang, cili merah, daun bawang, serbuk lada hitam dan garam secukup rase ke dalam mangkuk besar
  • gaulkan sehingga sebati
  • kemudian bentukkan adunan menjadi bulat dan leper
  • lakukan sehingga habis
  • panaskan minyak di dalam kuali (pastikan minyak terendam supaya tidak perlu diterbalikkan pergedil tadi takut nanti terburai isinya)
  • celupkan satu persatu adunan tadi ke dalam telur dan gorengkan dengan api perlahan sehingga masak dan keperangan
  • angkat dan toskan
  • hidangkan dengan sos cili atau dengan nasi putih bersama lauk pauk yang lain

note: udang boleh juga digantikan dengan isi ketam/ayam atau daging kisar

source: k.hanieliza

25 July 2010

Ketam masak lemak cili padi

Bahan-bahan:
4 ekor ketam
1/2 paket santan serbuk dibancuh dengan 2 mug air
beberapa keping nenas - optional
1 keping asam keping
1 batang serai - diketuk
garam dan gula secukup rasa
minyak

bahan2 kisar:
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
5 atau lebih cili padi

cara:
  • panaskan minyak
  • tumiskan bahan2 kisar sehingga wangi
  • kemudian masukkan serai dan kacaukan sehingga naik bau
  • masukkan pula santan dan biarkan sehingga mendidih
  • pastikan kuah sentiasa dikacau selalu
  • apabila mendidih masukkan ketam dan kacaukan sebentar
  • selepas itu masukkan hirisan nenas, asam keping dan kacaukan rata
  • akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa
  • setelah masak padamkan api
  • hidangkan bersama2 dengan nasi putih dan lauk pauk yang lain

source: k.rinnchan

13 April 2010

Sambal kari udang

Bahan-bahan:
1kg udang
1 labu bawang besar - dihiris bulat
2 tangkai cili merah - dihiris
4 sudu besar rempah kari - dibancuh dengan sedikit air
1 biji buah tomato - dipotong berbaji
2 keping asam keping
1 pelepah daun kari
1 pokok daun bawang - dipotong 1 inci
sedikit air
sedikit serbuk kunyit, garam dan gula
minyak

bahan2 kisar:
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia

cara:
  • gaulkan udang dengan serbuk kunyit dan garam
  • kemudian gorengkan sebentar dan angkat
  • ketepikan
  • panaskan sedikit minyak
  • tumiskan daun kari
  • kemudian masukkan bahan2 kisar dan serbuk kari
  • tumis sehingga garing dan pecah minyak
  • masukkan asam keping, garam dan gula secukup rasa
  • setelah itu masukkan udang goreng tadi, buah tomato, cili merah dan kacaukan rata
  • apabila sudah sebati semuanya bolehlah dipadamkan api
  • angkat dan hidangkan dengan nasi putih

source: maklang

11 April 2010

Rendang sotong sumbat telur

Bahan-bahan:
10 ekor sotong saiz sederhana
1/2 cawan santan pekat
kerisik secukupnya
secubit asam jawa - dibancuh dengan sedikit air
garam dan gula secukup rasa
daun limau purut
daun kunyit

bahan2 kisar:
1 labu bawang besar
3 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia
5 batang serai
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
cili kering secukupnya - kepedasan bergantung pada selera masing2

inti sumbat:
2 biji telur
sedikit bawang besar - dicincang
1/2 camt serbuk lada sulah
garam secukup rasa

cara:
  • untuk membuat inti sumbat: pukul telur bersama2 dengan garam, lada sulah dan bawang besar
  • kemudian masak secara scrambled eggs tetapi jangan sampai hancur. biarkan ianya berketul supaya mudah disumbatkan ke dalam perut sotong
  • angkat dan ketepikan
  • bersihkan sotong dan keluarkan semua isi perutnya
  • rebuskan sekejap cukup sekadar untuk mengentalkan kulitnya
  • angkat dan biarkan sejuk sekejap
  • kemudian sumbatkan dengan inti telur tadi dan tutupkan dengan kepala sotong
  • cucukkan dengan lidi cocktail untuk menyematkan kepala sotong supaya isinya tidak keluar apabila dimasak nanti
  • ketepikan
  • panaskan minyak di dalam kuali
  • tumiskan bahan2 kisar sehingga garing dan naik minyak
  • masukkan gula dan tumiskan lagi sehingga tumisan menjadi pekat dan berkilat
  • kemudian masukkan air asam jawa dan garam secukup rasa
  • kacaukan rata
  • setelah itu masukkan santan pekat dan kacaukan lagi supaya sebati
  • pastikan tumisan dikacau sekali sekala supaya ianya tidak hangus
  • apabila tumisan hampir menjadi kering bolehlah dimasukkan kerisik dan kacaukan seketika
  • masukkan sotong dan kacaukan perlahan2 supaya ianya sebati dengan kuah
  • akhir sekali taburkan dengan daun kunyit dan daun limau purut yang telah disiat2kan
  • kacaukan seketika dan padamkan api
  • angkat dan hidangkan

source: k.rinnchan

2 March 2010

Ketam sweet sour

Bahan-bahan:
4 ekor ketam - dipotong 2
3 sudu besar minyak masak
3 sudu besar soso cili
6 sudu besar sos tomato
1 cawan air
1/2 cawan nenas - dipotong dadu (optional)
2 biji buah tomato - dibelah 4
1 biji telur - dipukul sedikit
garam dan gula secukup rasa
1 pokok daun bawang - dimayang 1 inci

bahan2 hiris:
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar

cara:
  • panaskan minyak
  • tumiskan bahan2 hiris sehingga wangi
  • masukkan air, sos cili, sos tomato dan ketam
  • biarkan sehingga mendidih
  • masukkan garam dan gula secukup rasa
  • kemudian masukkan telur yang telah dipukul sedikit tadi dan biarkan sehingga mendidih
  • masukkan buah tomato, nenas dan kacau rata
  • bila kuah dah nampak agak pekat masukkan daun bawang
  • angkat dan hidangkan

source: k.hanieliza

7 February 2010

Tomyam asli Thai


Bahan-bahan:
bahan2 untuk perencah tomyam:
5 biji bawang merah
2 biji cili merah
5 tangkai cili kering - rendamkan dengan air panas sekejap
1 inci lengkuas
2 batang serai
1 sudu besar udang kering - rendamkan sekejap
3 helai daun limau purut
1 inci belacan - dibakar
sedikit air asam jawa, garam dan gula secukupnya

bahan2 untuk sup tomyam:
1/4 ekor ayam - dipotong kecil
5 ekor udang atau lebih
2 ekor sotong atau lebih
1 labu bawang besar - dibelah 6
5 ulas bawang putih - diketuk
1 inci lengkuas - diketuk
2 batang serai - diketuk
1/2 batang karot, bunga kobis dan sebagainya
5 helai daun limau purut
1 biji buah tomato - dibelah 4
1 sudu besar perencah tomyam atau lebih
1 sudu besar sos ikan
2 biji limau nipis - ambil jusnya
3 sudu besar susu cair
cili padi
air secukupnya
garam secukup rasa

cara:
  • cara membuat perencah tomyam: kisar semua bahan kecuali air asam jawa, garam dan gula
  • kemudian panaskan sedikit minyak
  • tumiskan bahan2 kisar tadi sehingga naik bau dan pecah minyak
  • masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa
  • masak sehingga menjadi pes
  • padamkan api
  • sesudah sejuk bolehlah disimpan di dalam bekas dan simpan di dalam fridge
  • perencah tomyam ini boleh dijadikan penumis untuk nasi goreng
  • untuk membuat sup tomyam: rebuskan ayam dengan air (banyak atau sedikit air bergantung pada selera masing2) sehingga 1/2 masak
  • masukkan bawang besar, bawang putih, daun limau purut, serai, cili padi dan lengkuas
  • kemudian masukkan sotong, udang, sayur2an dan buah tomato
  • masukkan pula pes tomyam, sos ikan, jus limau nipis dan garam secukup rasa
  • kacaukan rata sehingga ayam empuk dan bahan2 seafood lain masak
  • padamkan api
  • masukkan susu cair dan kacau rata
  • hidangkan dan taburkan dengan daun ketumbar

source: cikmanis, myr

14 January 2010

Udang masak merah

Bahan-bahan:
1kg udang galah atau udang saiz besar
2-3 sudu besar cili kisar
1 batang serai - diketuk
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu makan kicap masin / manis
1 sudu besar sos tiram
garam dan gula secukup rasa
1 labu bawang besar - dihiris bulat
1 biji cili merah - dihiris
1 biji buah tomato - dibelah 4
sedikit daun sup - dihiris
sedikit air

bahan2 kisar:
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 batang serai

cara:
  • udang digaul dengan garam, serbuk kunyit dan digoreng terlebih dahulu
  • angkat dan ketepikan
  • panaskan minyak
  • tumiskan bahan2 kisar dan serai sehingga naik bau
  • masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, kicap dan sedikit air
  • kacaukan rata
  • kemudian masukkan udang goreng tadi dan kacau lagi sehingga rempah sebati dengan udang
  • masukkan bawang besar, cili merah, daun sup dan buah tomato
  • perasakan dengan garam dan gula secukupnya
  • kacaukan lagi sehingga sebati
  • angkat dan hidangkan dengan nasi putih

source: dayangjack

14 February 2009

Rendang sotong

Bahan-bahan:
500gm sotong
1 biji kelapa - ambil santan
2 sudu besar kerisik
beberapa helai daun limau purut
daun kunyit - dihiris
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis

Bahan2 kisar:
20 tangkai cili kering
10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 batang serai
3cm lengkuas
3cm halia
2cm kunyit hidup

cara:
  1. panaskan minyak dan tumiskan bahan2 kisar sehingga naik minyak
  2. masukkan santan, kerisik, daun limau purut dan daun kunyit
  3. kacau sekali sekala dan biarkan sampai naik minyak
  4. biarkan kuah pekat dan agak kering
  5. setelah itu masukkan sotong, garam dan gula secukup rasa
  6. masakkan sekejap sahaja (jika terlalu lama sotong akan menjadi liat) dan biarkan sampai naik minyak
  7. angkat dan hidangkan bersama dengan nasi putih

source: k.hanieliza

21 September 2008

Udang masak lemak cili padi

Bahan-bahan:
500gm udang
1/2 biji kelapa - ambil santan
1 batang serai - dititik
1 keping asam keping
garam secukup rasa

Bahan2 kisar:
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2cm kunyit hidup
2cm halia
15 biji cili padi

cara:
  1. masukkan santan dan bahan2 kisar ke dalam periuk
  2. kacau sehingga menggelegak di atas api yang sederhana
  3. masukkan serai, asam keping dan garam secukup rasa
  4. kacau selalu supaya tidak pecah minyak
  5. hidangkan bersama2 dengan nasi putih dan ulam2an

28 August 2008

Udang masak sweet sour

Bahan-bahan:
500gm udang
1 sudu besar kunyit serbuk
1 sudu kecil garam
minyak untuk menggoreng

Bahan2 sos:
5 ulas bawang merah - dimayang
3 ulas bawang putih - dimayang
1/2 cawan sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 biji cili merah - dihiris
1/2 cawan air
1 biji tomato - dibelah 6
garam dan gula secukup rasa

cara:

  • udang digaulkan dengan kunyit, garam dan gorengkan sehingga masak
  • angkat dan ketepikan
  • asingkan sedikit minyak dan panaskan minyak semula. tumiskan bawang merah dan bawang putih
  • apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air
  • masukkan juga cili, gula dan garam secukup rasa
  • setelah kuah pekat, masukkan udang dan gaulkan semuanya sebati
  • hidangkan bersama2 dengan nasi putih

source: k.hanieliza

3 August 2008

Sambal tumis petai


Bahan-bahan:
1kg udang
3 papan petai - diambil isinya
1/2kg bawang besar - dihiris
2 sudu makan santan
air asam jawa secukupnya
garam dan gula secukupnya
minyak untuk menumis

Bahan-bahan kisar:
10 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
15 batang cili kering
1 ketul belacan

cara:

1. panaskan kuali, tumiskan bahan2 kisar hingga wangi
2. kemudian tuangkan air asam jawa dan masak pada api sederhana hingga naik minyak
3. selepas itu, masukkan petai, udang dan bawang besar. kacau rata
4. akhir sekali, masukkan santan dan perasa secukupnya. kacau sehingga udang masak
5. hidangkan bersama2 dengan nasi putih

20 April 2008

Udang goreng tepung


Bahan-bahan (3-4 org):
20 ekor udang harimau
minyak masak

Bahan2 A:
1 biji telur putih
3/4 sudu kecil garam
2 sudu kecil gula
sedikit serbuk lada sulah

Bahan2 B:
200gm tepung naik sendiri
garam secukup rasa
1 cawan (250ml) air sejuk

cara:

1. kupas kulit udang cuma tinggalkan bahagian ekor sahaja
2. cuci dan toskan kering2 kemudian gaul dengan bahan2 A dan perapkan selama 30 min
3. sementara itu gaulkan bahan2 B hingga sebati
4. panaskan minyak, celupkan udang ke dalam adunan B kemudian gorengkan sehingga masak dan kekuningan
5. hidangkan panas2 bersama cili sos Thai

note: kepekatan batter ini lebih pekat jika dibandingkan dengan batter goreng pisang

20 January 2008

Udang percik panggang

Bahan-bahan (2 org):
12 ekor udang harimau - dibuang janggut
180ml santan pekat
8 biji cili kering - dikisar halus (kalau suka pedas boleh lebihkan)
5 biji bawang merah - ditumbuk
30gm belacan - ditumbuk bersama2 dgn bawang
40ml air
30ml jus limau
30ml air asam jawa
1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam
garam dan gula secukup rasa

cara:

1. bersihkan udang dengan membilas berselang seli dengan air dan jus limau

2. setelah bersih, lumurkan udang dengan serbuk kunyit dan garam

3. panaskan kuali dengan api yang sederhana, tuangkan santan dan kacau seketika

4. masukkan cili dan bawang. tuangkan air dan air asam jawa. kacau rata dan renehkan ia dengan api kecil. kacau perlahan untuk mengelak santan pecah

5. apabila santan menjadi pekat dan naik minyak selama 7-10 min, masukkan garam dan gula seckup rasa

6. cucuk udang dengan lidi sate dan panggang atas pemanggang atau letakkan atas grill pan. sapukan kuah percik berulang kali pada udang dan balik2an ia selama 3 hingga 5 min

7. setelah masak, bolehlah dihidangkan dengan nasi putih atau ratah saje macam gitu

26 December 2007

Sambal tumis sotong kering

Bahan-bahan:
6 keping sotong kering (bergantung pada size) - direndam dengan air abu (abuchang) sekurang2nya 4 jam atau semalaman
1 labu bawang besar - dihiris bulat2
1 mangkuk kecil air asam jawa - nie bergantung pada berapa keping sotong digunakan
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis

Bahan2 kisar:
3 biji bawang merah
20-30 tangkai cili kering - bergantung pada kepedasan masing2

cara:
  • sotong kering yang telah direndam tadi bolehlah di rebus sekejap dengan api perlahan supaya sotong tidak kenyal dan keras. untuk pastikan sotong tidak keras boleh dikoyakkan dengan menggunakan garpu. setelah itu bolehlah dipotong kecil/sederhana besar
  • sementara itu panaskan kuali dengan minyak dan tumiskan bahan2 kisar sehingga naik bau
  • masukkan sotong kering tadi dan kacau sehingga sebati dengan bahan2 kisar
  • setelah itu masukkan air asam jawa dan garam gula secukup rasa
  • masak sehingga sambal sedikit kering dan akhir sekali masukkan pula sedikit gula
  • bolehlah dihidangkan bersama2 dengan nasi panas atau nasi lemak

note: boleh juga cuba resepi ini: cili kering di kisar sehingga halus, tumiskan dan masukkan sotong kering dan sedikit air. setelah itu masukkan sedikit sos tiram, kicap manis, sos cili lingam dan perasakan dengan gula. tidak perlu letak garam

4 December 2007

Udang lemak nenas

Bahan-bahan:
200gm udang besar
8 keping nenas - dipotong kiub

Bahan2 A:
130ml santan
garam dan gula secukup rasa

Bahan2 rempah:
30gm lengkuas
20gm cili kering
10gm kunyit hidup
4 batang serai
1 sudu belacan

cara:
  • tumis bahan2 rempah yg telah dikisar hingga berbau harum
  • kemudian masukkan bahan2 A dan masak dengan api yg perlahan
  • apabila sudah mendidih, masukkan udang dan nenas
  • masak selama 2 min dan sedia utk dihidangkan

10 November 2007

Masak lemak udang

Bahan-bahan:
600gm udang sederhana besar
1 biji kelapa - utk 2 cawan santan cair + 1 cawan santan pekat
3 cm kunyit hidup
8 tangkai cili padi
1 batang serai
1/2 labu bawang besar
5 tangkat kacang panjang
1 sudu besar garam

cara:
  • tumbuk kunyit hidup, cili padi dan bawang besar bersama garam hingga lumat
  • masukkan ke dalam perahan santan cair
  • tenggekkan di atas api yg kecil
  • masukkan serai yg dititik dan kacau hingga mendidih kuahnya
  • masukkan udang dan tuangkan santan pekat
  • kacau lagi hingga udang masak
  • akhir sekali masukkan kacang panjang

3 November 2007

Sotong goreng beriani

resepi dari mak daro aka sentil

Bahan-bahan:
500gm sotong - dipotong ikut suka tak mau pun buleh gak
4 biji bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1/2" halia - ditumbuk
1/2" kunyit hidup - ditumbuk
1 camb serbuk cili
1/2 camb serbuk ketumbar
1 camb rempah beriani
1 camk sos ikan
3 batang daun kari
1 biji karot - dipotong bulat2 atau ikut suka
2 cawan air
garam secukup rasa
5 camb minyak

cara:
  • jerangkan air dlm periuk dan bila mendidih masukkan sotong dan biarkan sehingga 3 min dan toskan. ketepikan
  • panaskan minyak dlm kuali, tumiskan bahan2 tumbuk sehingga garing
  • masukkan semua rempah dan sos ikan. gaulkan sebati
  • masukkan air, daun kari, karot, garam dan sotong. kacau sehingga sebati dan sehingga karot lembut
  • sedap dihidangkan dengan nasi panas

4 October 2007

26 September 2007

Kari sotong

resepi
note: gantikan rempah kari ayam kepada rempah kari ikan

25 September 2007

Tom yam campur

Bahan-bahan:
200gm sotong
200gm udang
100gm kepah
3 ulas bawang merah - dicincang halus
2 batang serai - dihiris 5sm & dititik
2sm halia - dihiris nipis
air - ikut suka
2 camb fish sauce
1 kiub tom yam
5 helai daun limau purut
4-5 biji cili padi - dititik
1 camt thai pes cili atau pes cili
3 camb jus limau nipis
4 tangkai daun ketumbar & daun bawang - dihiris halus
garam & gula secukupnya

cara:
  • jerang bawang merah, serai, lengkuas dan air hingga mendidih
  • masukkan pes cili, sotong, udang, kepah, fish sauce, kiub tom yam dan daun limau purut
  • masak lagi sampai mendidih. tambah garam & gula dan bubuh cili padi dan air limau
  • sajikan dengan daun ketumbar dan daun bawang
Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin