Pages

14 January 2010

Udang masak merah

Bahan-bahan:
1kg udang galah atau udang saiz besar
2-3 sudu besar cili kisar
1 batang serai - diketuk
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu makan kicap masin / manis
1 sudu besar sos tiram
garam dan gula secukup rasa
1 labu bawang besar - dihiris bulat
1 biji cili merah - dihiris
1 biji buah tomato - dibelah 4
sedikit daun sup - dihiris
sedikit air

bahan2 kisar:
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 batang serai

cara:
  • udang digaul dengan garam, serbuk kunyit dan digoreng terlebih dahulu
  • angkat dan ketepikan
  • panaskan minyak
  • tumiskan bahan2 kisar dan serai sehingga naik bau
  • masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, kicap dan sedikit air
  • kacaukan rata
  • kemudian masukkan udang goreng tadi dan kacau lagi sehingga rempah sebati dengan udang
  • masukkan bawang besar, cili merah, daun sup dan buah tomato
  • perasakan dengan garam dan gula secukupnya
  • kacaukan lagi sehingga sebati
  • angkat dan hidangkan dengan nasi putih

source: dayangjack

2 comments:

Sue @ Nenie said...

Tok tok tok...

Salam...Kita datang bertandang bawa pinggan mau 'ngecek' itew udang....

noreen said...

alamak awat tak habaq awal2 tuan umah tatak umah ler lenkali tipon dulu cay

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin