bahan2 untuk nasi:
3 pot/cawan beras - dicuci dan ditoskan
1 sudu besar minyak sapi
sehelai daun pandan - dicarik atau disimpulkan
setitik pewarna kuning
garam secukup rasa
air rebusan ayam secukupnya
bahan2 kisar:
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia
bahan2 untuk ayam:
seekor ayam - dipotong ikut suka
2 sudu makan serbuk lada sulah
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu makan jus lemon atau sos plum
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tiram
2 sudu makan minyak zaitun / masak - digunakan jika bakar di dalam oven
garam dan gula secukup rasa
bahan2 kisar:
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
bahan2 untuk sup:
air rebusan ayam
sedikit serbuk lada hitam
1 ketul stok ayam
garam secukupnya
sedikit daun sup dan daun bawang
bahan2 tumbuk:
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
bahan2 untuk sambal cili:
3 batang cili merah
1 ulas bawang putih
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
garam dan gula secukupnya
sedikit jus limau kasturi / lemon / nipis
air masak secukupnya
bahan2 untuk kicap:
5 sudu besar kicap manis
1 sudu makan tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air
air secukupnya - kepekatan dan kecairan bergantung pada selera masing2
bahan2 untuk kicap pedas:
7 biji cili padi
1 ulas bawang putih
sedikit kicap manis dan kicap masin
sedikit jus limau kasturi / lemon / nipis
sedikit air masak
cara:
- untuk membuat nasi: panaskan minyak sapi
- tumiskan bahan2 kisar berserta daun pandan sehingga wangi
- masukkan pewarna kuning dan kacaukan rata
- kemudian masukkan ke dalam rice cooker bersama dengan beras
- akhir sekali masukkan air rebusan ayam dan garam secukup rasa
- tanaklah seperti memasak nasi biasa
- untuk membuat ayam: ayam direbus dengan sedikit garam sehingga separuh masak
- angkat dan toskan sehingga kering
- air rebusan ayam jangan dibuang kerana akan digunakan untuk memasak nasi
- kemudian gaulkan ayam dengan semua bahan selama 1 jam atau pun lebih
- selepas itu gorengkan sehingga masak dan garing
- jika suka boleh jugak dibakar di dalam oven dengan melengserkan dulang pembakar dengan sedikit minyak zaitun / masak
- susunkan ayam dan tutupkan dengan kertas foil
- bakar pada suhu 180C selama 30 min
- selepas itu keluarkan dulang pembakar dan renjis2kan sedikit ayam dengan bahan perapan dan bakar semula selama 10 min atau sehingga masak
- untuk membuat sup: panaskan air rebusan ayam dan masukkan semua bahan kecuali daun sup dan daun bawang
- sesudah masak barulah ditaburkan dengan daun sup dan daun bawang
- untuk membuat sambal cili: kisar semua bahan sehingga lumat
- untuk membuat kicap: masakkan air dan kicap sehingga mendidih
- masukkan air tepung jagung dan kacau sehingga kuah agak pekat
- untuk membuat kicap pedas: kisar semua bahan sehingga lumat
- hidangkan nasi ayam bersama2 dengan kuah sup, sambal cili, kuah kicap, daun salad, timun, dan buah tomato
source: dayangjack
2 comments:
Salam Akak..
Tgk bahan²nya memang berderet² tapi tetap masuk list untuk dicuba satu hari nanti...insyaAllah...
mmg nampak banyak bahan tapi tak susah buat yg penting berbaloi sbb sodap bangat
Post a Comment