Pages

29 January 2010

Talam suji

Bahan-bahan:
lapisan bawah:
1 1/2 cawan tepung suji (semolina course)
4 cawan santan cair
1 cawan gula pasir
garam secukup rasa
sedikit pewarna kuning

lapisan atas:
4 cawan santan pekat
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula pasir
1 cawan gula merah

cara:
  • masukkan semua bahan2 lapisan bawah ke dalam periuk dan kacaukan dengan api sederhana sehingga adunan agak pekat
  • kemudian tuangkan ke dalam loyang yang telah disapukan dengan sedikit minyak
  • ratakan
  • kukus selama 15-20 min
  • selepas itu adunkan bahan2 lapisan atas sehingga sebati dan tidak berbentil
  • masakkan sekejap di atas api sederhana sehingga adunan agak pekat
  • tuangkan ke atas lapisan bawah tadi dan ratakan
  • kukuskan lagi selama 20 min atau sehingga masak
  • padamkan api dan keluarkan loyang dari kukusan
  • biarkan betul2 sejuk barulah dipotong dan dihidangkan

source: k.hanieliza

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin