1 ekor ayam - potong ikut suka
1 cawan buttermilk
minyak
bahan2 batter:
1 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu kecil garam atau secukup rasa
1 sudu besar paprika
1 sudu besar serbuk lada putih - kalau susah dapat tumbukkan halus 4 ulas bawang putih
1 sudu kecil serbuk lada hitam
cara:
- cara untuk membuat buttermilk jika susah nak dapat: campurkan susu segar dengan sudu besar jus lemon atau cuka
- pastikan apabila dicampurkan susu dan jus lemon ianya akan menjadi satu cawan
- biarkan selama 5 min sebelum digunakan
- ayam yang telah dibersihkan tadi dibiarkan kering atau lapkan dengan kitchen towel
- kemudian perapkan dengan buttermilk sehingga sebati dan simpankan di dalam fridge selama beberapa jam (seelok2nya semalaman supaya ayam menjadi lebih sedap)
- satukan semua bahan2 batter ke dalam freezer seal bag dan goncang2kannya supaya semua bahan menjadi sebati
- selepas itu masukkan dua ketul ayam ke dalam adunan batter tadi dan goncang2kan supaya ianya cantik tersalut (jangan diletakkan banyak2 ayam tadi kerana nanti ianya tidak bersalut cantik)
- pastikan kuali panas dahulu barulah dimasukkan ayam tadi
- masak dengan api yang sederhana panas supaya ayam masak betul dan keperangan
- angkat dan hidangkan dengan apa2 juadah atau boleh juga diratah begitu saja
note: rasa ayam seperti KFC .... makan sehingga menjilat jari
source: mommamia, myr
2 comments:
best...
mmg mabeles
Post a Comment