5 cawan tepung roti / gandum
1 sudu kecil yis
1/4 cawan air panas - kalau guna breadmaker tidak perlu air panas
1 1/2 cawan susu segar suam
1/4 cawan gula halus
1 sudu kecil garam
2 biji telur
1/3 cawan shortening
minyak untuk menggoreng
bahan2 untuk glaze:
1/3 cawan mentega
2 cawan gula aising
1 1/2 sudu kecil esen vanila
4 sudu besar air panas - tambah jika perlu
cara:
- cara jika tiada breadmaker: taburkan yis ke dalam air panas dan biarkan 5 min
- campurkan semua ke dalam mangkuk adunan dan pukul dengan menggunakan electric mixer sehingga sebati (jangan masukkan kesemua susu tetapi dimasukkan sedikit demi sedikit takut doh menjadi lembik)
- pastikan dipukul sehingga doh tidak melekat di mangkuk
- selepas itu ulikan doh sekejap selama 5 min dan bentukkan menjadi bulat yang besar
- tutupkan mangkuk adunan dan biarkan doh naik dua kali ganda
- selepas itu keluarkan doh dari mangkuk adunan dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
- tumbuk2kan doh supaya mengeluarkan angin dan bentukkan semula menjadi bulat
- rehatkan sebentar selama 10 min
- canaikan doh menjadi setebal 1/2 inci dan tekapkan doh dengan menggunakan acuan donut (doughnut cutter)
- susunkan ke atas dulang dan lakukan sehingga habis
- selepas itu tutupkan dulang tadi dan biarkan ianya naik sekali lagi (jika ingin simpan di dalam freezer selepas dipotong dengan acuan donut bolehlah disusunkan ke dalam bekas dan simpankan di dalam freezer. apabila hendak dimakan keluarkan dan biarkan doh menjadi lembut pada suhu bilik dan biarkan ianya naik sekejap barulah digoreng)
- panaskan minyak yang banyak (digoreng secara deep-fry) dan pastikan minyak betul2 panas barulah dimasukkan satu persatu donut
- sentiasa terbalik2kan donut supaya ianya garing sekata
- angkat dan bolehlah dicelupkan ke dalam glaze atau taburkan dengan gula aising, cokelat cair dan sebagainya
- cara membuat menggunakan breadmaker: masukkan semua bahan ke dalam breadmaker dan tekankan untuk setting doh
- tunggu sehingga siap lebih kurang 1 1/2 jam bergantung pada jenis BM masing2
- selepas itu ikuti proses seterusnya seperti di atas
- cara membuat glaze: cairkan mentega di dalam mangkuk (tidak perlu sampai mendidih cukup sekadar ianya menjadi cair)
- masukkan gula aising, esen vanila dan kacaukan sehingga menjadi sebati
- campurkan beberapa sudu air panas sampai adunan menjadi nipis (tidak pekat dan tidak begitu cair)
- celupkan donut yang telah digoreng tadi ke dalamnya dan susunkan di atas cooling rack supaya lebihan glaze tadi mudah jatuh
- hidangkan sebagai minuman petang
note: donut ini memang begitu gebu dan lembut - selembut seperti krispy kreme doughnuts. makan satu pasti nak lagi
source: mommamia, myr (cara2 telah diubah)
0 comments:
Post a Comment