Pages

4 January 2010

Ayam masak merah resepi IV

Bahan-bahan:
2kg ayam - dipotong kecil
sambal semalam - lebihan sambal semalam jangan dibuang
sedikit serbuk kunyit dan garam - digaulkan dengan ayam
2 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
2 sudu besar kicap pekat
100gm tomato puree
2 biji buah tomato - dibelah 6
2 helai daun limau purut
1 labu bawang besar - dihiris bulat
2 tangkai daun ketumbar - dihiris
garam dan gula secukupnya
minyak

bahan2 tumbuk/kisar:
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia

cara:
  • gorengkan ayam sehingga masak dan ketepikan
  • panaskan 2 sudu besar minyak
  • tumiskan bahan2 tumbuk sehingga wangi
  • masukkan sambal semalam, daun limau purut dan kacaukan rata
  • selepas itu masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, kicap, tomato puree dan gaulkan rata sehingga sebati
  • kemudian masukkan ayam yang telah digoreng, garam dan gula secukup rasa
  • akhir sekali masukkan buah tomato, bawang besar dan daun ketumbar
  • gaulkan rata dan angkat
  • hidangkan dengan nasi putih dan lauk pauk yang lain

source: k.nis

2 comments:

Sue @ Nenie said...

Selamat pagi akak..

Ayam masak merah adalah antara kegemaran saya juga..Selalu masak lauk ni bila dah kekeringan idea

noreen said...

salam sue, lauk nie mmg senang nak buat

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin