2kg ayam - dipotong kecil
sambal semalam - lebihan sambal semalam jangan dibuang
sedikit serbuk kunyit dan garam - digaulkan dengan ayam
2 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
2 sudu besar kicap pekat
100gm tomato puree
2 biji buah tomato - dibelah 6
2 helai daun limau purut
1 labu bawang besar - dihiris bulat
2 tangkai daun ketumbar - dihiris
garam dan gula secukupnya
minyak
bahan2 tumbuk/kisar:
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia
cara:
- gorengkan ayam sehingga masak dan ketepikan
- panaskan 2 sudu besar minyak
- tumiskan bahan2 tumbuk sehingga wangi
- masukkan sambal semalam, daun limau purut dan kacaukan rata
- selepas itu masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, kicap, tomato puree dan gaulkan rata sehingga sebati
- kemudian masukkan ayam yang telah digoreng, garam dan gula secukup rasa
- akhir sekali masukkan buah tomato, bawang besar dan daun ketumbar
- gaulkan rata dan angkat
- hidangkan dengan nasi putih dan lauk pauk yang lain
source: k.nis
2 comments:
Selamat pagi akak..
Ayam masak merah adalah antara kegemaran saya juga..Selalu masak lauk ni bila dah kekeringan idea
salam sue, lauk nie mmg senang nak buat
Post a Comment