10 biji telur
500gm mentega
1/2 sudu besar ovalette
100gm horlick
397gm susu pekat (condensed milk) - kalau tak suka manis boleh kurangkan kepada 300gm
400gm gula pasir - kalau tak suka manis boleh kurangkan kepada 200gm
300gm tepung hongkong / kek
60gm jem strawberry
sedikit pewarna merah
1 sudu teh esen strawberry - optional
60gm jem nenas
sedikit pewarna kuning
1 sudu teh esen nenas - optional
60gm jem oren
sedikit pewarna oren
1 sudu teh esen oren - optional
1 sudu makan chocolate emulco
1 sudu makan serbuk koko
cara:
- gris dan lapikkan loyang berukuran 4 segi 9"x9"atau 8"x8" dan taburkan dengan sedikit tepung
- ketepikan
- pukul mentega, ovalette dan gula sehingga kembang selama 5-6 min
- masukkan telur satu persatu sambil dipukul lagi
- kemudian masukkan susu pekat dan pukul lagi dengan kelajuan yang rendah
- selepas itu masukkan pula tepung dan horlicks berselang-seli sedikit demi sedikit sambil dipukul sehingga sebati
- kemudian bahagikan adunan kepada 4 bahagian
- 3 bahagian dengan sukatan 8 senduk adunan setiap satu dan 1 lagi adunan mempunyai 12 senduk adunan
- letakkan 3 bahagian adunan tadi dengan jem strawberry, jem nenas dan jem oren
- 1 lagi bahagian adunan campurkan dengan chocolate emulco dan serbuk koko
- kemudian bakar lapisan pertama dengan adunan chocolate sebanyak 2 senduk dengan mode grill lebih kurang 5-6 min atau sehingga keperangan
- lakukan lagi dengan adunan yang lain (chocolate-nenas-strawberry-oren atau ikut selera masing2)
note: perasa jem boleh diganti ikut selera masing2
source: bro rozzan
2 comments:
salam noreen..
i selalu follow your blog n the recipe. but this is the first time tinggalkan comment :)
just wondering.. semua layer kek ni bakar in grill mode ke or just the first one ?
teringin nk try buat kek lapis. tapi semua resipi nak api atas bawah.. kat UK ni grill je la kan api atas ? im confused .. hope u can help.
thanx a lot dear :)
salam deloress - kalau u tinggal kat UK kat sini oven jenis lain2kan. selalunya kalau buat kek lapis mmg bakar guna grill mode so then untuk lapisan terakhir selepas dibakar 6 min dengan grill mode then u tukarkan ke baking mode bakar another 10 mins pada suhu 150C supaya kek tahan lama tak basi. tak susah nak buat cuma tahap kesabaran n bergantung pada masa
Post a Comment