Pages

16 January 2010

Garlic mashed potato

Bahan-bahan (4-5 orang):
8-9 biji ubi kentang saiz besar
air secukupnya untuk merebus
3 ulas bawang putih - diketuk
3 sudu besar mentega
2 sudu besar mayonnaise
1/2 cawan susu segar / fresh cream
1 sudu kecil serbuk lada hitam
sedikit garam

bahan-bahan gravy:
2 ulas bawang putih - dicincang halus
2 sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu besar worcestershire sauce
4 sudu besar kicap manis
1 cawan air
2 sudu besar tepung jagung - bancuh dengan sedikit air
1 ketul stok ayam
sedikit minyak untuk menumis

cara:
  • kupaskan ubi kentang dan potong nipis secara wedges
  • panaskan air di dalam periuk dan pastikan air mencukupi dan menutupi ubi kentang
  • masukkan ubi kentang, bawang putih dan sedikit garam
  • rebuskan sehingga empuk
  • kemudian toskan sehingga kering
  • masukkan ubi kentang tadi ke dalam mangkuk yang besar
  • selepas itu masukkan mentega, susu segar, mayonnaise dan serbuk lada hitam
  • lecekkan sehingga hancur dan sebati dengan semua bahan
  • setelah itu ketepikan
  • untuk membuat gravy: panaskan sedikit minyak
  • tumiskan bawang putih, serbuk lada hitam sehingga wangi dan pastikan jangan sampai terlalu garing
  • kemudian masukkan semua bahan2 yang lain kecuali air bancuhan tepung jagung
  • kacaukan sehingga mendidih
  • tuangkan air bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga kuah menjadi pekat (kepekatan kuah bergantung pada selera masing2)
  • padamkan api dan tuangkan gravy ke atas mashed potato tadi
  • hidangkan dengan roast chicken, chicken chop dan lain2

source: mommamia, myr

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin