Pages

30 January 2010

Ayam goreng buttermilk

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - potong ikut suka
1 cawan buttermilk
minyak

bahan2 batter:
1 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu kecil garam atau secukup rasa
1 sudu besar paprika
1 sudu besar serbuk lada putih - kalau susah dapat tumbukkan halus 4 ulas bawang putih
1 sudu kecil serbuk lada hitam

cara:
  • cara untuk membuat buttermilk jika susah nak dapat: campurkan susu segar dengan sudu besar jus lemon atau cuka
  • pastikan apabila dicampurkan susu dan jus lemon ianya akan menjadi satu cawan
  • biarkan selama 5 min sebelum digunakan
  • ayam yang telah dibersihkan tadi dibiarkan kering atau lapkan dengan kitchen towel
  • kemudian perapkan dengan buttermilk sehingga sebati dan simpankan di dalam fridge selama beberapa jam (seelok2nya semalaman supaya ayam menjadi lebih sedap)
  • satukan semua bahan2 batter ke dalam freezer seal bag dan goncang2kannya supaya semua bahan menjadi sebati
  • selepas itu masukkan dua ketul ayam ke dalam adunan batter tadi dan goncang2kan supaya ianya cantik tersalut (jangan diletakkan banyak2 ayam tadi kerana nanti ianya tidak bersalut cantik)
  • pastikan kuali panas dahulu barulah dimasukkan ayam tadi
  • masak dengan api yang sederhana panas supaya ayam masak betul dan keperangan
  • angkat dan hidangkan dengan apa2 juadah atau boleh juga diratah begitu saja

note: rasa ayam seperti KFC .... makan sehingga menjilat jari

source: mommamia, myr

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin