Pages

Showing posts with label Bubur. Show all posts
Showing posts with label Bubur. Show all posts

10 February 2009

Pengat keledek bersagu

Bahan-bahan:
3 batang/keping keledek - dipotong dadu selebar 1 inci
1 biji gula melaka/kabung - dihiris/potong kecil
1 cawan biji sagu - direndam
1-2 cawan santan pekat - ikut selera masing2 kalau nak pekat atau cair sedikit
garam dan gula pasir secukup rasa

cara:
  • rebuskan keledek di dalam periuk sehingga empuk (sukatan air agak2 sendiri)
  • selepas itu masukkan biji sagu, gul amelaka, gula pasir dan garam secukup rasa
  • kacau sehingga sebati
  • biarkan mendidih dan gula larut
  • kemudian barulah dimasukkan santan dan kacau rata
  • biarkan kuah mendidih sekejap dan barulah dipadamkan api
  • sedia dihidangkan sebagai minuman petang

source: D

28 September 2008

Bubur pulut hitam resepi II

Bahan-bahan:
1 cawan pulut hitam - direndam beberapa jam
4 cawan air
1 cawan gula
3 cawan santan pekat - dari 1 biji kelapa
1 cawan susu cair
daun pandan - disimpulkan
garam secukup rasa

cara:
  • rebuskan pulut hitam yang telah direndam dengan air sampai pulut pecah dan kurang air
  • masukkan 2 cawan santan, daun pandan, gula dan garam
  • kacau supaya tidak pecah minyak dan masakkan sehingga mendidih
  • tutupkan api
  • hidangkan bersama2 dengan susu cair

source: k.hanieliza

21 January 2008

Bubur cha-cha

Bahan-bahan:
150gm ubi keledek merah
150gm ubi keledek putih
200gm keladi
300gm cha-cha
1 liter air
500gm santan pekat
300gm gula pasir
4 helai daun pandan - disimpulkan
garam secukup rasa

cara:
  • rendamkan cha-cha untuk seketika. ia diangkat dan diketepikan
  • kemudian masak keledek dan keladi bersama air hingga separuh masak
  • selepas itu masukkan cha-cha
  • apabila semua campuran tadi menjadi kembang dan lembut masukkan santan pekat, gula pasir, daun pandan dan garam secukup rasa
  • kacau rata dan sedia dihidangkan sejuk atau panas

23 September 2007

Bubur pulut hitam resepi I

Bahan-bahan:
300gm pulut hitam
200gm gula pasir
3 helai daun pandan
1/2 kg santan
100gm gula melaka

cara:
  • bersihkan pulut hitam dan direbus hingga menjadi empuk
  • kemudian masukkan sebahagian santan, gula melaka, gula pasir dan daun pandan
  • masak hingga mendidih dan kacau secara perlahan2
  • baki santan yg lain digunakan untuk pati santan
  • campurkan sedikit garam ke dalam santan dan kacau
  • hidangkan pulut hitam dengan pati santan

2 September 2007

Bubur pengat keladi

Bahan-bahan:
300gm keladi - dipotong kiub
300gm santan cair - sukatan boleh dikurangkan ikut masing2
200gm santan pekat - sukatan boleh dikurangkan ikut masing2
200gm gula pasir
160gm gula merah
1 cawan sago
3 helai daun pandan
garam secukup rasa

cara:
  • buang kulit keladi dan dipotong kiub
  • setelah dibersihkan, rebus dengan air hingga separuh masak. kalau org2 perantauan yg menggunakan frozen taro jgn rebus terlalu lama sekejap sahaja sbb frozen taro tu dah lembut
  • kemudian masukkan gula pasir, sago, gula merah dan daun pandan
  • kacau sebati dan masukkan santan cair biarkan ia mendidih
  • selepas itu, masukkan santan pekat dan sedikit garam
  • gaulkan hingga sebati dan boleh dihidangkan
  • kalau tak habis boleh disimpan didlm fridge

26 August 2007

Bubur kacang hijau durian

Bahan-bahan (4-5 org):
100gm kacang hijau
50gm isi durian
1.5ml santan
100gm gula merah
100gm gula pasir
50gm sagu
2 helai daun pandan

cara:
  • bersihkan kacang hijau dan rendamkan di dalam air selama satu jam


  • kemudian masak kacang hingga separuh masak dan tuangkan santan, gula merah, gula pasir dan daun pandan yg telah disimpul
  • gaulkan hingga gula larut
  • selepas itu, masukkan sagu dan durian. didihkan pada api sederhana
  • ia sedia dihidangkan apabila mula menjadi pekat
Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin