Pages

10 June 2007

Popia basah



Bahan-bahan (12 keping):
bahan untuk kulit:
2 cawan tepung gandum
1 biji putih telor
3/4 cawan air
2 sudu makan cuka
secubit garam

bahan2 untuk inti:
1/2 biji kobis - diricih halus
3 biji sederhana besar carrot - disagat halus
1 biji sederhana bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar sos tiram
1 sudu makan udang kering
garam secukupnya
minyak untuk menumis

bahan2 untuk sambal:
15 tangkai cili kering
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
1 sudu besar gula perang/merah
2 sudu besar kicap manis
garam dan serbuk perasa secukupnya

bawang goreng secukupnya

cara:
  • cara membuat inti: kisar bawang besar, bawang putih dan udang kering
  • panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan-bahan kisar tadi
  • kemudian masukkan sos tiram dan garam secukup rasa
  • kemudian masukkan sayuran dan masak hingga layu
  • cara membuat sambal: kisar cili kering, bawang besar dan bawang putih
  • panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan2 kisar tadi sehingga wangi dan garing
  • masukkan kicap, gula perang/merah, garam dan serbuk perasa secukupnya
  • cara membuat kulit popia: campurkan semua bahan ke dalam mangkuk adunan
  • gaulkan sehingga sebati (macam buat cekodok)
  • kemudian tutupkan mangkuk adunan tadi dan biarkan adunan rehat sekurang2nya 1/2 jam
  • selepas itu ambil sejemput adunan dan lengserkan ke atas kuali leper
  • buat dari arah jam dan mulakan dari tepi dahulu
  • kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa tepung yang masih berada di tangan
  • setelah rata/bulat biarkan sampai tepung masak sebentar
  • angkat dan letakkan di atas pinggan
  • boleh disusun berlapis2 kerana ianya tidak melekat
  • cara membungkus popia: ambil sekeping kulit popia dan sapukan dengan sedikit sambal
  • letakkan satu sudu besar inti dan taburkan sedikit bawang goreng
  • lipat dan gulungkan
  • lakukan sehingga habis

source: kak e, myr

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin