Pages

16 June 2007

Karipap pusing resepi I


Kulit karipap (30 biji)
Doh minyak:
80-100gm marjerin
100gm tepung gandum
Campurkan kesemua bahan dan diuli sehingga doh licin dan tidak melekat dan bahagikan doh kepada 6

Doh biasa:
300gm tepung gandum
1 biji telur
Air garam
Campurkan kesemua bahan dan diuli sehingga licin seperti diatas dan bahagikan doh kepada 6

cara:
- ambil doh biasa canaikan sedikit jgn besar sgt dan letakkan doh minyak didlmnya dan tutup semula supaya menjadi doh besar
- ambil doh besar tadi di canaikan dan gulung
- ambil doh yg digulung tadi dicanai sekali lagi. Buat kaedah nie sehingga 3 kali canai
- potong doh yg telah digulung tadi kepada 4 bahagian
- ambil potongan doh dan dicanaikan semula dan letaklah inti karipap didlm dan klim. Kalau tak reti klim guna je acuan karipap senang

note: karipap nie boleh disimpan dijadikan frozen. caranya letakkan karipap di atas tray dan diletakkan didlm fride selama 1-2 jam. selepas tu bolehlah dikeluarkan dari fridge dan balutlah karipap dgn cling film satu persatu supaya karipap tidak melekat

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin