Pages

6 June 2007

Ayam paprik resepi I


resepi dari Mak Yong

Bahan-bahan (4 org):
½ ekor ayam - dipotong kecil2
4 ulas bwg merah - ditumbuk
2 ulas bwg putih - ditumbuk
1 labu bwg besar - dimayang
2 btg serai - dititik
2 biji buah tomato - dipotong 4
5 biji cili padi - ditumbuk
bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
bahan2 perasa

cara:
- panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing)
- masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap
- masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran
- bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi

3 comments:

daYah = ) said...

salam...tadi i try your recipe..sedap2..thanx~! :)

dewata said...

Terima kasih kerana meletakkan resepi anda di sini. Sebelum membaca resepi anda, saya pernah cuba masak ayam paprik. Malangnya, tak rasa 'kepaprikannya'.

Setelah membaca resepi anda, saya rasa saya kekurangan serai, bawang merah, dan daun limau purut. Patutlah masakan saya lebih kepada masak ayam merah daripada paprik.

Saya ingin bertanya, dalam masakan barat, kadang kala mereka menggunakan garlic press untuk memerah jus bawang putih. Jus digunakan sebagai ganti kepada memasukkan bawang putih yang telah ditumbuk. Adakah cara sama boleh digunakan dalam masakan ini dan melayu lain? Adakah kita memerlukan kehadiran serat bawang putih yang hancur dalam masakan kita ataupun kita boleh menggunakan jusnya sahaja.

Terima kasih.

dewata said...

Saya telah mencuba resepi anda malam tadi. Pendapat saya, resepi mudah diikuti dan masakan akan menjadi sedap insyaallah. Berdasarkan reaksi pasangan saya yang menambah sebanyak dua kali, saya mengesyorkan resepi anda turut dicuba orang lain.

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin