Pages

16 June 2007

D'Fusion udon goreng (Japanese fried noodle)


Bahan-bahan (2 orang):
1 paket udon jepun
100 gram sawi, dibersihkan
60 gram daging, dihiris nipis
3 ekor udang
2 biji telur
3 sudu besar tomato sos
4 sudu besar kicap
½ cawan air
Bawang goreng secukupnya
Garam secukup rasa
Serbuk perasa jika suka
Sedikit gula
Minyak secukupnya

Bahan untuk dikisar:
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
4 tangkai lada kering, rendam dengan air panas

cara:
  • panaskan sedikit minyak dalam kuali dan goreng telur dipecah-pecahkan setengah masak
  • angkat dan ketepikan
  • panaskan lagi sedikit minyak dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau
  • masukkan tomato sos, kicap, air, garam, gula dan serbuk perasa
  • gaul rata
  • masukkan pula daging
  • bila daging telah masak, masukkan udang dan telur
  • gaul rata
  • kemudian masukkan udon mee
  • jika udon belum kembang dan masak boleh tambah sedikit air
  • akhir sekali masukkan sawi dan bawang goreng dan gaul sebati
  • bila sawi telah layu, padamkan api dan hidangkan bersama keropok beras dan jika mahu lada jeruk

source: D

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin