Pages

4 June 2007

Talam lapis ubi




Bahan-bahan:
2kg ubi kayu
700ml santan - dari 1 biji kelapa (atau guna dlm tin)
1 cawan gula pasir
1 cawan gula merah + 60 ml air - dimasak hingga larut
2 biji telur
1 sudu makan pewarna kuning


cara:
  • ubi dibuang kulit, potong dan dibersihkan
  • kemudian dikisar hingga halus
  • perah airnya dgn kain maslin (kalau tak ada guna tapis kelapa or tapis tepung pun boleh)
  • biarkan sagunya mendap selama 20 min
  • campurkan sagu dgn isi ubi kayu yg dimesin tadi
  • buangkan airnya
  • campurkan santan dan gula pasir ke dalam adunan ubi tadi
  • kacau hingga bercampur rata
  • ambil 1/3 adunan dan dimasukkan air gula merah
  • bahagian baki pula dibubuh pewarna kuning
  • kemudian masukkan telur ke dlm adunan kuning dan digaul sebati
  • sapukan loyang dgn sedikit marjerin
  • tuangkan 1/2 senduk acuan coklat ke dlm loyang dan kukus selama 10 min atau hingga masak (lebih kurang 8-10 min pun boleh kalau agak2 dah keras sikit)
  • kemudian tuangkan pula satu senduk adunan kuning dan kukus lagi hingga masak
  • buat begini berselang seli warna hingga 7 lapis
  • selepas selesai, kukus lagi 20 min sebelum diangkat dan dibiarkan sejuk

1 comments:

umi_e said...

noreen... rajinnya!!! kak e tak terbuatlah camtu... orang rajin je yang boleh buat tau ;)

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin