Lapisan bawah:
2 cawan pulut
2 cawan santan cair + secubit garam
Lapisan atas:
3 cawan santan pekat
1 cawan (200gm) gula perang
1 cawan isi durian
1/2 cawan (60gm) tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung atau tepung kastard
1 camt garam
cara:
- untuk lapisan bawah - masukkan semua bahan ke dalam loyang yang telah disapukan sedikit dengan minyak dan kukuskan sehingga masak lebih kurang 30 min
- setelah masak tekankan pulut tadi supaya padat dan tuangkan bahagian lapisan atas
- kukuskan semula lagi selama 30 min
- untuk lapisan atas - masukkan santan, gula dan isi durian ke dalam blender dan kisarkan
- kemudian tuangkan bahan kisar tadi ke dalam mangkuk
- ayakkan kedua2 tepung ke dalam mangkuk santan tadi
- masukkan gula dan garam. kacau sebati sehingga tidak berbentil
- panaskan bahagian lapisan atas ke dalam mangkuk non-stick sehingga naik wap
- tuangkan adunan ke atas pulut tadi (lapisan bawah) dan kukus lagi selama 30 min dengan api yang sederhana panas
- pastikan penutup kukus di balut dengan tuala supaya air wap tidak jatuh ke atas adunan
- bila sudah masak biarkan betul2 sejuk barulah dipotong dan dihidangkan
source: k.hanieliza
0 comments:
Post a Comment