Pages

Showing posts with label Daging. Show all posts
Showing posts with label Daging. Show all posts

29 May 2010

Rendang daging kicap

Bahan-bahan:
1kg daging
1/4 sudu besar kicap pekat
1/4 sudu besar gula melaka

bahan2 kisar:
3 sudu besar rempah kurma
10 helai cili kering
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
3 sudu besar black raisins/1/2 cawan prunes

cara:
  • daging dipotong secara kiub besar dan rebuskan sehingga lembut
  • ketepikan stok
  • panaskan 3 sudu besar minyak
  • masukkan bahan2 kisar dan tumiskan selama 15 min
  • masukkan stok daging jika perlu
  • kemudian masukkan daging yang telah direbus tadi, kicap dan gula melaka
  • masak sehingga kuah pekat
  • boleh masukkan stok daging jika hendakkan kuah yang lebih
  • setelah masak bolehlah dipadamkan api
  • hidangkan dengan nasi putih, nasi beriani dan sebagainya

source: k.ida, 1001

6 May 2010

Kurma daging tomato

Bahan-bahan:
500gm daging batang pinang - potong kiub besar2, cuci dan toskan
3 biji ubi kentang - potong 4
1 labu bawang besar - belah 4
2 biji cili merah - belah dua tapi jangan sampai putus
1 keping asam keping
2 1/2 sudu besar rempah kurma
1 sudu besar kerisik
1 sudu besar gula melaka
2 sudu besar tomato paste
1 liter air
1 cawan susu sejat
1 sudu besar bawang goreng
garam secukup rasa

bahan2 kisar:
1 labu bawang besar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
2 biji cili merah
1 biji buah tomato
2 sudu kecil lada hitam biji
2 biji buah keras

bahan2 tumis:
3 biji bawang merah - hiris
1 ulas bawang putih - hiris
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih

cara:
  • panaskan minyak di dalam periuk
  • masukkan bahan2 tumis dan tumiskan sehingga naik bau
  • kemudian masukkan tomato paste, bahan2 kisar, rempah kurma dan kacau rata
  • masak sehingga terbit minyak
  • masukkan daging, gaul rata dan biarkan sehingga daging kecut sedikit
  • setelah itu masukkan air, bawang goreng dan gaulkan rata
  • biarkan sehingga mendidih
  • selepas itu masukkan ubi kentang dan bawang besar
  • masak sehingga daging lembut dan ubi kentang lembut (jika takut ubi kentang terlalu lembik bolehlah dikeluarkan dahulu)
  • masukkan susu sejat dan kerisik
  • tambahkan gula melaka, garam, cili merah dan asam keping
  • gaulkan rata dan masaklah dengan api perlahan sambil dikacau sekali sekala sehingga kuah pekat
  • apabila siap bolehlah dipadamkan api
  • hidangkan dengan apa2 jenis nasi dan lauk pauk yang lain

source: mat gebu

26 January 2010

Opor daging

Bahan-bahan:
1kg daging - hiris nipis
4 cawan santan - dari 1 biji kelapa
2 sudu besar kerisik
1 sudu besar gula perang atau gula merah (soft brown sugar)
3 sudu besar rempah kari daging
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
3 keping asam keping
garam dan gula secukup rasa
minyak

bahan2 tumis:
2cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih

bahan2 kisar:
20 tangkai cili kering
15 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
3cm halia
2cm lengkuas
3 batang serai

cara:
  • gaulkan rempah kari bersama2 dengan jintan manis dan jintan putih supaya menjadi pes
  • panaskan minyak
  • tumiskan bahan2 tumis sehingga wangi
  • masukkan bahan2 kisar dan rempah daging yang telah digaulkan tadi
  • kacaukan rata
  • kemudian masukkan daging dan kacau rata sehingga nampak naik minyak
  • masukkan santan dan biarkan reneh dengan api yang kecil sehingga mendidih dan daging lembut
  • setelah itu masukkan gula, garam, asam keping dan kerisik
  • kacaukan sebati
  • biarkan sehingga naik minyak
  • padamkan api
  • angkat dan hidangkan dengan nasi putih, nasi minyak, nasi beriani, ketupat atau pulut kuning

source: k.hanieliza

23 January 2010

Sloppy joe (burger daging cincang BBQ)

Bahan-bahan:
12 biji bun burger / bun hotdog

1 kg daging / ayam cincang
3 ulas bawang putih - dicincang
1 labu bawang besar - dicincang / didadu halus
1 cawan tomato sup
1 cawan tomato puree
1/2 cawan sos cili
1/3 cawan gula perang
3 sudu besar kicap
2 sudu besar mustard - boleh dilebihkan kalau suka
minyak

cara:
  • panaskan minyak
  • tumiskan bawang2 cincang sehingga wangi dan sedikit garing
  • masukkan daging/ayam cincang dan gorengkan sehingga masak
  • akhir sekali masukkan semua bahan2 yang lain dan renihkan selama 20 min
  • sentiasa kacau supaya ianya tidak hangus
  • padamkan api
  • hidangkan dengan bun burger atau boleh juga dibuat seperti coney dog sauce

source: mommamia, myr

13 November 2009

Sup tulang ala mamak

Bahan-bahan:
1kg tulang
2 sudu besar minyak makan
3 sudu besar rempah sup/kurma - bancuh dengan sedikit air supaya dijadikan paste
4 biji ubi kentang - dibelah 4
1 batang karot - dipotong kecil atau bulat
1 pokok daun sup dan daun bawang - dihiris halus
1 batang serai - diketuk
2 biji buah tomato - dibelah 4
garam secukup rasa
bawang goreng - untuk taburan
air secukupnya

bahan2 tumbuk/kisar:
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3cm halia
1 sudu kecil lada hitam

bahan2 rempah tumis:
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

cara:
  • tulang dipotong kecil, basuh dah toskan
  • panaskan minyak di dalam periuk
  • tumiskan bahan2 tumbuk/kisar dan rempah tumis sehingga naik bau
  • masukkan rempah sup/kurma, tulang, serai dan kacau rata
  • rebuskan sehingga daging tulang betul2 lembut
  • masukkan ubi kentang, karot, air dan garam
  • biarkan sehingga mendidih
  • renihkan sehingga ubi kentang dan karot lembut
  • padamkan api dan masukkan buah tomato
  • masukkan ke dalam mangkuk dan taburkan dengan bawang goreng, daun sup dan daun bawang

source: k.hanieliza

10 November 2009

Steak daging india selatan

Bahan-bahan:
500gm daging lembu batang pinang - cuci bersih dan potong setebal 1cm
1 sudu teh lada hitam - dikisar kasar

3 sudu teh serbuk kari daging
2 sudu teh tomato puree
1 sudu makan kicap pekat
1/2 cawan air atau secukupnya
200gm ubi kentang - direbus dengan kulit sehingga empuk kemudian buang kulit dan potong 4 atau boleh juga digoreng
1 labu bawang besar - dihiris bulat
1 biji buah tomato - dibelah 4
beberapa tangkai daun ketumbar - dipotong kasar2
garam dan serbuk perasa (jika suka) secukupnya

Bahan2 kisar:
3 ulas bawang putih
1cm halia

cara:
  • gaul daging dengan bahan2 kisar, lada hitam kisar, serbuk kari, tomato puree dan kicap
  • gaul rata dan perap sekurang2nya 1/2 jam
  • panaskan minyak di dalam kuali
  • masukkan daging yang sudah diperap tadi dan taburkan garam dan serbuk perasa secukupnya
  • tumis sehingga naik aroma rempahnya
  • garingkan sedikit baru dimasukkan air
  • kacau dan biarkan mendidih sehingga dagingnya empuk
  • masukkan bawang besar, daun ketumbar dan gaul sehingga rata
  • bila dagingnya benar2 empuk, rempahnya sudah pekat dan sebati dengan dagingnya barulah dimasukkan ubi kentang, buah tomato dan kacau rata
  • matikan api
  • enak disajikan dengan roti prata, roti perancis, roti naan, nasi putih ataupun nasi minyak

source: paun asmah laili

1 November 2009

Daging kerutup

Bahan-bahan:
1kg daging
3 cawan santan - dari 1 biji kelapa
3 sudu besar kerisik
3 sudu besar rempah kerutup
2 sudu besar gula merah
1 inci kulit kayu manis
3 sudu besar minyak - untuk menumis
1/2 cawan air asam jawa
garam secukupnya

bahan2 kisar:
15 tangkai cili kering
10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3cm halia
3cm lengkuas

cara:
  • daging dipotong dadu
  • bancuh bahan2 kisar dengan rempah kerutup dan ketepikan
  • panaskan minyak dan tumiskan kulit kayu manis
  • masukkan bahan2 rempah tadi dan kacau rata sehingga naik minyak dan wangi
  • kemudian masukkan pula daging dan kacau rata
  • masukkan santan, air asam jawa, gula merah dan garam secukup rasa
  • masak dengan api sederhana panas sehingga daging empuk
  • akhir sekali masukkan kerisik dan gaulkan rata
  • renehkan sehingga kuah pekat dan padamkan api
  • hidangkan dengan nasi dhall, nasi minyak atau nasi tomato

source: k.hanieliza

31 October 2009

Sup gear box

Bahan-bahan:
Bahan2 stok:
1 kg tulang lembu bersum-sum / ekor
2cm halia - diketuk
1/2 sudu besar lada hitam - ditumbuk kasar
1/2 sudu kecil garam kasar
1 biji tomato - dibelah 8
1 batang saderi - dihiris 3cm
2.5 liter air atau secukupnya

Bahan2 kisar:
4 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
2cm halia
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam

Bahan2 rempah tumis:
4cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

Bahan2 sampingan:
4 sudu besar minyak
1 bunjut rempah sup tulang
garam secukup rasa
jus limau nipis dari 1/2 biji - jika suka
6 biji cili padi
bawang goreng
hirisan daun bawang & daun sup

cara:
  • jerang bahan2 stok sehingga menggelegak, perlahankan api dan masak sehingga tulang lembu / ekor lembut dan empuk selama lebih kurang 3-4 jam
  • bila air rebusan tinggal 2 liter, tapiskan ke dalam mangkuk besar
  • asingkan semua bahan kecuali tulang/ekor dan ketepikan
  • panaskan minyak di dalam kuali
  • tumiskan bahan2 kisar dan rempah tumis sehingga wangi dan garing
  • masukkan air rebusan, tulang/ekor, rempah bunjut dan garam secukup rasa
  • biarkan sehingga mendidih dan padamkan api
  • masukkan ke dalam mangkuk dan campurkan dengan jus limau dan cili padi sebiji-sebiji
  • taburkan bawang goreng, daun bawang dan daun sup
  • hidangkan panas2 dengan nasi, sambal belacan dan lauk pauk yang lain

source: noormasri

10 October 2009

Kambing hyderabad

Bahan-bahan:
1kg daging kambing/lembu - dipotong ikut suka
3 labu bawang besar - dihiris bulat
2 sudu makan pes bawang besar
1 sudu makan pes halia
1 sudu makan pes bawang putih
1 sudu makan pes cili
1 sudu makan pes tomato
1 sudu makan serbuk ketumbar
4 sudu makan tairu (yogurt)
1 sudu makan rempah masala kambing - kalau tiada boleh gantikan dengan rempah beriani
1/2 sudu makan serbuk kunyit
2 biji buah tomato - belah 4
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 jari kulit kayu manis
1/2 cawan daun pudina - hiris atau petik saja
1/2 cawan daun ketumbar - hiris atau petik saja
2 cawan air
1/2 cawan minyak
garam secukup rasa

cara:
  • masukkan semua bahan kecuali yogurt ke dalam periuk/kuali
  • masak dengan api sederhana sehingga daging lembut
  • tambah air selagi perlu
  • setelah daging lembut masukkan yogurt
  • masak lagi sehingga kuahnya pekat dan naik minyak
  • dikacau sekali sekala supaya tidak hangus
  • angkat dan hidangkan dengan nasi atau roti

source: puan asmah laili

26 August 2009

Daging masak arab

Bahan-bahan:
500gm daging - dipotong dadu
2 biji bawang merah - dihiris
1 ulas bawang putih - dihiris
1-2 sudu besar tomato puri
250ml santan atau 25gm serbuk santan campur dengan 250ml air
1 sudu besar minyak sapi
50ml minyak
garam dan gula secukup rasa

Bahan2 kisar:
1 biji buah tomato
6 biji bawang merah
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1cm halia
1cm kunyit hidup
1 sudu teh serbuk lada hitam

cara:
  • perap daging bersama bahan2 kisar selama 1 jam
  • panaskan minyak dan minyak sapi
  • tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau dan garing
  • kemudian masukkan tomato puri, garam dan gula secukup rasa
  • biarkan mendidih seketika dan kemudian masukkan daging yang telah diperap tadi
  • gaul rata
  • masukkan santan dan biarkan mendidih
  • masak sehingga kuah menjadi pekat dan sehingga daging empuk
  • angkat dan sedia untuk dihidangkan

source: majalah rasa

21 August 2009

Hati dan pedal masak kicap

Bahan-bahan:
200gm hati ayam
200gm hempedal ayam
1 labu bawang besar - dihiris bulat
2 ulas bawang putih - dihiris halus
3 ulas bawang merah - dihiris halus
1 tangkai cili merah dan 1 tangkai cili hijau- dihiris
rempah 4 sekawan - kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang
3 sudu besar atau secukupnya kicap manis
3 sudu besar atau secukupnya kicap masin

cara:
  • gorengkan hati dan hempedal ayam separuh masak
  • angkat dan ketepikan
  • jika suka boleh digaulkan dengan garam dan sedikit serbuk kunyit. gorengkan separuh masak dan angkat
  • panaskan minyak
  • tumiskan 4 sekawan sehingga naik bau
  • masukkan semua bahan2 hiris serta hati dan hempedal yang telah digoreng tadi
  • kacaukan rata
  • akhir sekali masukkan kedua2 kicap dan rasalah mengikut cita rasa masing2
  • jika suka bolehlah diletakkan sedikit garam dan gula
  • tuangkan sedikit air asam jawa jika suka atau boleh juga diperahkan dengan sedikit air limau sahaja

source: majalah saji - diubah sedikit

1 August 2009

Masak lemak cili api daging

Bahan-bahan:
500gm daging
1 liter air
2 cawan santan pekat - dari 1 biji kelapa
2 batang serai - diketuk
2 keping asam keping
1 helai daun kunyit - disiat2kan
garam dan gula secukup rasa

Bahan2 kisar:
10-15 tangkai cili padi - kepedasan bergantung pada selera masing2
3cm halia
2 biji bawang merah
3cm kunyit hidup

cara:
  • daging dihiris nipis
  • kemudian direbus dengan 1 liter air dan serai sehingga lembut dan air rebusan tinggal sama banyak dengan daging
  • kemudian masukkan bahan2 kisar, santan, asam keping, daun kunyit, garam dan gula secukupnya
  • masak sehingga mendidih dan kuah pekat
  • hidangkan bersama2 dengan nasi putih dan ulam2an

note: daging boleh digantikan dengan perut

source: k.hanieliza

4 July 2009

Sup ekor resepi IV

Bahan-bahan:
500gm ekor lembu
1 1/2 sudu besar tomato puri
1.5 liter / 6 cawan air
1 batang karot - dipotong bulat
2 batang saderi - dipotong kecil
1 biji ubi kentang - dipotong kecil
daun ketumbar - dihiris halus
lada hitam secukupnya - dikisar (bergantung pada selera masing2 jika ingin pedas)
125ml minyak masak
garam secukup rasa

Bahan2 kisar A:
2 sudu besar ketumbar biji
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih

Bahan2 kisar B:
10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai
1cm halia

Bahan2 tumis:
4 biji buah pelaga
1cm kulit kayu manis
6 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang

cara:
  • panaskan minyak, tumis ekor lembu sehingga perang sedikit
  • angkat dan tuskan. ketepikan
  • dalam minyak yang sama, masukkan rempah tumis dan bahan2 kisar B dan goreng sehingga naik bau
  • kemudian masukkan bahan2 kisar A
  • kacau di atas api yang kecil selama 3-4 min sehingga wangi
  • masukkan tomato puri
  • kacaukan rata
  • setelah itu masukkan pula ekor lembu, air dan renihkan
  • masukkan karot, ubi kentang dan saderi
  • renihkan sehingga ekor lembu empuk
  • perasakan dengan garam dan lada hitam yang telah dikisar
  • hiaskan dengan daun ketumbar dan bawang goreng sejurus sebelum menghidang

note: boleh juga jika hendak merebus dahulu ekor lembu dan simpankan stok

source: chef wan (ubah sikit)

3 June 2009

Daging masak halia

Bahan-bahan:
500gm daging batang pinang - dihiris nipis
1/2 camt garam
2 labu bawang besar - dihiris bulat
2 biji cili merah - dibelah 2 atau dihiris
1 batang saderi - dihiris serong
1 batang leek - dihiris serong
1 cawan air

Bahan2 tumbuk:
2 inci halia
4 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup

Bahan2 sos:
1 camb sos lada hitam atau steak sauce kalau berada di UK
1 1/2 camb sos tiram
1 camb kicap pekat
2 camb kicap cair

cara:
  • perapkan daging dengan garam dan bahan2 tumbuk
  • simpan di dalam fridge selama 1 jam
  • setelah itu panaskan minyak dan masukkan daging
  • kacau rata dan biarkan daging sehingga kecut
  • masukkan pula bahan2 sos, air dan gaulkan rata
  • kemudian masukkan leek dan saderi
  • kecilkan api dan renihkan dengan api sederhana sehingga daging lembut dan kuah pekat
  • akhir sekali masukkan bawang besar dan cili merah
  • kacau rata dan biarkan sehingga bawang layu
  • sesuaikan rasa dan matikan api
  • hidangkan dengan nasi putih dan lauk pauk yang lain

source: mat gebu

12 May 2009

Beef steak

Bahan-bahan:
Beberapa keping beef steak
4 sudu makan sos blackpepper - kalau di UK beli brand HP steak sauce
sedikit minyak untuk menumis
sedikit mentega untuk menumis

Bahan2 kisar:
6 ulas bawang putih atau 1 sudu kecil crushed garlic
1 inci halia atau 1 sudu kecil crushed ginger
3 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap
2 sudu makan madu

Bahan2 untuk mushroom sos:
1 cawan cendawan butang - dihiris
1 labu bawang besar - dicincang/dipotong dadu
2 camb tepung gandum
500ml air rebusan ayam atau 1 kiub chicken cube + 500ml air
2-3 camb kicap pekat
1 camb herba italy atau mix herb
sserbuk lada hitam
garam - jika perlu
2 camb minyak
2 camb mentega


cara:
  • jika menggunakan crushed garlic dan crushed ginger cuma masukkan semua bahan2 ke dalam mangkuk besar bersama dengan sos blackpepper dan gaulkan rata
  • atau satukan bahan2 kisar dan sos blackpepper di dalam mangkuk dan gaulkan sebati
  • kemudian masukkan steak ke dalam sos tadi dan gaulkan sebati
  • perapkan sekurang2nya 2 jam
  • panaskan kuali non-stick dan letakkan sedikit minyak dan mentega
  • kemudian gorengkan beef steak tadi selama 12-15 minit
  • angkat dan ketepikan
  • atau boleh jugak dipanggang di dalam oven dan kemudian digoreng kemudian
  • untuk sos: panaskan kuali dengan minyak dan mentega
  • tumiskan bawang besar sehingga wangi
  • kemudian masukkan pula tepung dan kacau sebati
  • setelah itu masukkan bahan2 yang lain dan kacau rata
  • biarkan kuah hingga pekat
  • kemudian hidangkan bersama2 dengan beef steak tadi

note: beef boleh digantikan dengan lamb chop

source: Diana

25 April 2009

Dalca tumis darat

Bahan-bahan:
1/2 kg tetelan/daging/lamb - potong ikut suka
1 cawan kacang dhal - dicuci & toskan
2 biji karot - dipotong bulat atau ikut suka
5 tangkai kacang panjang - dipotong ikut suka
1 biji terung - dipotong bulat atau ikut suka
2 biji ubi kentang - dibelah 4 atau 8
1 cawan santan pekat
2 keping asam keping
garam secukupnya
air secukupnya

Bahan2 kisar:
4 ulas bawang putih
9 biji bawang merah
1 inci halia
3 sudu makan serbuk kari daging

Bahan2 rempah tumis:
1inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

Bahan2 tumis:
2 camb minyak sapi
3 tangkai daun kari
3 biji bawang kecil - dihiris
3 batang cili kering - dipotong ikut suka


cara:
  • rebuskan tetelan/daging/lamb dan kacang dhal sehingga separuh empuk
  • masukkan ubi kentang dan karot dan biarkan sehingga empuk
  • setelah itu masukkan rempah tumis dan bahan2 kisar
  • gaulkan rata dan renihkan seketika
  • masukkan santan, asam keping dan garam secukup rasa
  • kacau sehingga sebati
  • apabila mendidih sedikit, masukkan kacang panjang dan terung
  • tunggu hingga mendidih sambil dikacau supaya santan tidak pecah
  • apabila semua bahan2 sudah empuk tutupkan api
  • panaskan kuali lain dengan minyak sapi
  • tumiskan bahan2 tumis: daun kari, bawang kecil dan lada kering sehingga wangi
  • tuangkan ke dalam lauk dalca tadi sambil digauk perlahan2 sehingga sebati
  • bolehlah dihidangkan dengan nasi tomato, nasi minyak, nasi beriani, roti atau roti paratha

source: k.nis (diubah sedikit)

13 April 2009

Sup ekor resepi III

Bahan-bahan:
1kg ekor - dicuci bersih dan ditoskan
air secukupnya untuk merebus
1 kiub tulang rusuk
1 sup bunjut tulang/bunjut
1 1/2 sudu kecil lada hitam - ditumbuk halus
daun sup secukupnya
bawang goreng secukupnya

Bahan2 kisar:
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
1cm halia

cara:
  1. rebuskan ekor sehingga lembut lebih kurang 2-3 jam
  2. panaskan minyak tumiskan bahan2 kisar sehingga naik bau
  3. kemudian masukkan lada hitam dan sup bunjut tulang
  4. kacaukan sebati
  5. setelah itu tuangkan ke dalam rebusan sup ekor tadi bersama2 dengan kiub tulang rusuk
  6. akhir sekali bolehlah dimasukkan garam
  7. angkat dan taburkan dengan daun sup dan bawang goreng

11 April 2009

Beriani daging special

Bahan-bahan:
1kg daging atau kambing
1 biji buah tomato - dicincang
2 sudu besar bawang goreng - diramas
4 sudu besar rempah beriani
1/2 cawan yogurt
1/2 cawan susu cair
1/2 biji jus limau nipis
1 tangkai daun ketumbar - diracik
1 tangkai daun pudina - diracik
1/4 tin tomato puree (tin besar)
2 cawan air
1 sudu besar minyak sapi
minyak masak secukupnya
garam secukup rasa

Bahan2 tumis:
4 labu bawang besar - dihiris
4 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
3cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang

Bahan2 kisar:
6 ulas bawang putih
4cm halia
2 tangkai cili merah
3 tangkai cili hijau
1 sudu besar badam
1 sudu besar gajus

cara:
  1. panaskan kuali dengan minyak sapi + minyak masak
  2. masukkan bahan2 tumis
  3. goreng sehingga wangi dan bawang kekuningan
  4. masukkan bahan2 kisar, tomato puree, rempah beriani, bawang goreng dan daging
  5. gaulkan rata
  6. selepas itu masukkan pula daun pudina, daun ketumbar, buah tomato dan air
  7. kacau rata
  8. masak sehingga daging 3/4 masak
  9. kemudian masukkan yogurt, susu cair dan garam
  10. kacaukan rata
  11. akhir sekali setelah daging hampir2 empuk masukkan perahan jus limau nipis dan didihkan sebentar
  12. angkat dan hidangkan dengan nasi beriani, nasi minyak dan sebagainya

source: noormasri

9 April 2009

Sup tulang resepi II

Bahan-bahan:
1kg tulang rusuk lembu
4 biji ubi kentang - dipotong 4
air secukupnya
1 sup bunjut tulang
2 tangkai daun sup - diracik
bawang goreng
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Bahan2 kisar:
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1cm halia

1 sudu kecil jintan putih - disangai & ditumbuk
1/2 sudu kecil jintan manis - disangai & ditumbuk
1 1/2 sudu kecil lada hitam - ditumbuk

Bahan2 penumis:
4 biji buah pelaga - diketuk
1cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih

cara:
  1. rebuskan tulang lembu bersama kulit kayu manis sehingga dagingnya lembut
  2. masukkan ubi kentang dan biarkan sehingga empuk
  3. sementara itu panaskan minyak tumiskan bahan2 kisar, bahan2 tumbuk, sup bunjut tulang dan bahan2 penumis sehingga naik bau
  4. tuangkan ke dalam periuk rebusan tulang tadi
  5. masukkan garam secukup rasa dan kacau rata
  6. akhir sekali masukkan daun sup dan bawang goreng
  7. angkat dan hidangkan

source: majalah saji (telah diubah)

5 March 2009

Stew tulang

Bahan-bahan:
700gm tulang rusuk
400gm ubi kentang - dipotong dadu
1 batang karot - dipotong dadu/bulat
2 batang celery - dipotong pendek
5 biji buah tomato - dipotong dadu
10 biji cendawan butang - dibelah 4
1 bungkus/bunjut rempah sup tulang
1 labu bawang besar - dihiris bulat
3cm halia - dimayang
3 ulas bawang putih - dihiris
1 sudu besar lada hitam
garam secukupnya
air secukupnya

daun sup - diracik

cara:
  1. masukkan semua bahan ke dalam slow-cooker (kalau ada) dan setkan pada setting low
  2. pada yang tiada slow cooker bolehlah dimasukkan semua bahan ke dalam periuk dan rebuskan tulang sehingga lembut lebih kurang 3-4 jam lamanya dengan api yang sederhana panas
  3. apabila tulang sudah lembut keluarkan separuh ubi kentang yang direbus bersama2 dengan tulang dan lecekkan
  4. kemudian masukkan semula ke dalam periuk supaya kuah menjadi agak pekat sedikit
  5. setelah masak tutupkan api
  6. masukkan ke dalam mangkuk dan taburkan dengan sedikit daun sup
  7. hidangkan bersama2 dengan sambal belacan, nasi putih, roti arab dan sebagainya

note: senang dan sedap

source: k.hanieliza (cara diubah sedikit)

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin