Pages

21 August 2009

Hati dan pedal masak kicap

Bahan-bahan:
200gm hati ayam
200gm hempedal ayam
1 labu bawang besar - dihiris bulat
2 ulas bawang putih - dihiris halus
3 ulas bawang merah - dihiris halus
1 tangkai cili merah dan 1 tangkai cili hijau- dihiris
rempah 4 sekawan - kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang
3 sudu besar atau secukupnya kicap manis
3 sudu besar atau secukupnya kicap masin

cara:
  • gorengkan hati dan hempedal ayam separuh masak
  • angkat dan ketepikan
  • jika suka boleh digaulkan dengan garam dan sedikit serbuk kunyit. gorengkan separuh masak dan angkat
  • panaskan minyak
  • tumiskan 4 sekawan sehingga naik bau
  • masukkan semua bahan2 hiris serta hati dan hempedal yang telah digoreng tadi
  • kacaukan rata
  • akhir sekali masukkan kedua2 kicap dan rasalah mengikut cita rasa masing2
  • jika suka bolehlah diletakkan sedikit garam dan gula
  • tuangkan sedikit air asam jawa jika suka atau boleh juga diperahkan dengan sedikit air limau sahaja

source: majalah saji - diubah sedikit

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin