Pages

1 August 2009

Creme de coffee



Bahan-bahan (8 biji):
Bahan2 doh:
240gm tepung roti
60gm tepung kek
55gm gula kastor
5gm (1 camt) garam
10gm susu tepung
2 camt instant yeast
1/2 biji telur
150ml air sejuk
30gm mentega atau unsalted butter
10gm instant coffee granules - nescafe atau ape2 brand

almond flakes - untuk taburan atas roti

Bahan2 inti coffee cream:
60gm gula pasir
20gm susu tepung
15gm tepung jagung
1 biji telur
1/4 camt esen vanila
150ml susu segar
10gm mentega
8-10gm instant coffee granules - nescafe atau ape2 brand

cara:
  • cara memasak inti: satukan gula, susu tepung, tepung jagung, telur dan esen vanila di dalam mangkuk
  • kacaukan dengan menggunakan hand whisker sehingga sebati dan ketepikan
  • panaskan susu, mentega dan coffee granules ke dalam mangkuk dan kacaukan sehingga sebati
  • kemudian tuangkan separuh adunan ke dalam adunan tepung tadi dan kacaukan rata
  • tuangkan semula adunan tadi ke dalam adunan susu dan kacau sehingga likat dan pekat
  • angkat dan biarkan sejuk barulah disimpan di dalam fridge sementara menunggu doh siap (inti boleh dibuat sehari sebelumnya)
  • masukkan semua bahan doh ke dalam BM dan tekankan untuk setting doh
  • tunggu sehingga siap selama 1 1/2 bergantung pada jenis BM
  • kemudian keluarkan doh dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  • tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
  • bentukkan semula doh menjadi bulat besar dan rehatkan selama 10 min
  • kemudian bahagikan doh kepada 8 bahagian dengan setiap satu seberat 70gm
  • ambil satu doh dan bentukkan menjadi bulat kecil dan lakukan sehingga habis (gambar no. 1)
  • kemudian ambil satu doh tadi dan canaikan menjadi bentuk rectangle (gambar no. 2)
  • ambil inti dan letakkan ke atas doh (gambar no. 3)
  • kemudian potongkan kepada 6 bahagian (gambar no. 4)
  • gulungkan bahagian inti tadi (gambar no. 5)
  • setelah itu tutupkan dengan potongan 6 (gambar no. 6 & 7)
  • susunkan di atas loyang yang telah digris atau dilapikkan dengan non-stick paper (gambar no. 8)
  • biarkan doh naik sekali lagi selama 45 min ke 1 jam
  • jika berada di negara 4 musim bolehlah disimpan loyang tadi ke dalam oven tanpa perlu ON kan
  • apitkan kiri kanan atau atas loyang tadi dengan dua cawan air panas untuk mempercepatkan proses penaikkan doh (gambar no. 9)
  • setelah itu sapukan doh dengan egg wash dan taburkan dengan flakes almond
  • kemudian bakar pada suhu 180C selama 15min atau sehingga masak dan keperangan
  • sedap dimakan untuk minuman petang

5 comments:

mummyseri said...

Kak sy nk try wat roti ni..suke belang2 tu:)n sume2 roti yg akak wat sy suke sgt ..
kalo jd cntik nak la post lam blog kalo xde tu huhu x cntikla roti sy tu:)

Daniera said...

Best la kak ajor step wt roti nih. Baru taw gtu upenyer org dpt belang2 tuh. :)

noreen said...

to mummyseri - thanks kene selalu praktis barulah menjadi

to daniera - senang kalau letak step-by-step supaya org dpt paham n buat

norza said...

Salam, noreen.
Warmest regards to u. Luv this lovely bread.. Wishing u a superb week ahead.

noreen said...

to norza - thanks k.lina lame tak mai sini busy kot

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin