Bahan-bahan (8 biji):
Bahan2 doh:
240gm tepung roti
60gm tepung kek
55gm gula kastor
5gm (1 camt) garam
10gm susu tepung
2 camt instant yeast
1/2 biji telur
150ml air sejuk
30gm mentega atau unsalted butter
10gm instant coffee granules - nescafe atau ape2 brand
almond flakes - untuk taburan atas roti
Bahan2 inti coffee cream:
60gm gula pasir
20gm susu tepung
15gm tepung jagung
1 biji telur
1/4 camt esen vanila
150ml susu segar
10gm mentega
8-10gm instant coffee granules - nescafe atau ape2 brand
cara:
- cara memasak inti: satukan gula, susu tepung, tepung jagung, telur dan esen vanila di dalam mangkuk
- kacaukan dengan menggunakan hand whisker sehingga sebati dan ketepikan
- panaskan susu, mentega dan coffee granules ke dalam mangkuk dan kacaukan sehingga sebati
- kemudian tuangkan separuh adunan ke dalam adunan tepung tadi dan kacaukan rata
- tuangkan semula adunan tadi ke dalam adunan susu dan kacau sehingga likat dan pekat
- angkat dan biarkan sejuk barulah disimpan di dalam fridge sementara menunggu doh siap (inti boleh dibuat sehari sebelumnya)
- masukkan semua bahan doh ke dalam BM dan tekankan untuk setting doh
- tunggu sehingga siap selama 1 1/2 bergantung pada jenis BM
- kemudian keluarkan doh dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
- tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
- bentukkan semula doh menjadi bulat besar dan rehatkan selama 10 min
- kemudian bahagikan doh kepada 8 bahagian dengan setiap satu seberat 70gm
- ambil satu doh dan bentukkan menjadi bulat kecil dan lakukan sehingga habis (gambar no. 1)
- kemudian ambil satu doh tadi dan canaikan menjadi bentuk rectangle (gambar no. 2)
- ambil inti dan letakkan ke atas doh (gambar no. 3)
- kemudian potongkan kepada 6 bahagian (gambar no. 4)
- gulungkan bahagian inti tadi (gambar no. 5)
- setelah itu tutupkan dengan potongan 6 (gambar no. 6 & 7)
- susunkan di atas loyang yang telah digris atau dilapikkan dengan non-stick paper (gambar no. 8)
- biarkan doh naik sekali lagi selama 45 min ke 1 jam
- jika berada di negara 4 musim bolehlah disimpan loyang tadi ke dalam oven tanpa perlu ON kan
- apitkan kiri kanan atau atas loyang tadi dengan dua cawan air panas untuk mempercepatkan proses penaikkan doh (gambar no. 9)
- setelah itu sapukan doh dengan egg wash dan taburkan dengan flakes almond
- kemudian bakar pada suhu 180C selama 15min atau sehingga masak dan keperangan
- sedap dimakan untuk minuman petang
5 comments:
Kak sy nk try wat roti ni..suke belang2 tu:)n sume2 roti yg akak wat sy suke sgt ..
kalo jd cntik nak la post lam blog kalo xde tu huhu x cntikla roti sy tu:)
Best la kak ajor step wt roti nih. Baru taw gtu upenyer org dpt belang2 tuh. :)
to mummyseri - thanks kene selalu praktis barulah menjadi
to daniera - senang kalau letak step-by-step supaya org dpt paham n buat
Salam, noreen.
Warmest regards to u. Luv this lovely bread.. Wishing u a superb week ahead.
to norza - thanks k.lina lame tak mai sini busy kot
Post a Comment