Pages

15 August 2009

Kuih lopes resepi III

Bahan-bahan (50 biji):
1 kg beras pulut
air secukupnya untuk merebus
40-50gm abuchang - ditumbuk kasar2
daun pisang secukupnya
tali secukupnya

1 biji kelapa parut putih - kalau tinggal di negara yang susah dapat kelapa parut fresh bolehlah digunakan dessicated coconut, letakkan sedikit air dan letakkan dalam microwave sekejap
1/2 sudu teh garam
1 helai daun pandan - optional

Bahan2 air gula:
500gm gula melaka
4 sudu besar gula pasir
500ml air
3 helai daun pandan

cara:
  • cuci beras pulut dengan bersih
  • kemudian direndam dengan abuchang selama 2 jam
  • toskan
  • layurkan daun pisang dan potong ikut berapa besar kuih lopes yang dikehendaki
  • ambil sekeping daun pisang and lipatkan seperti melipat samosa
  • bubuhkan 2 sudu makan beras pulut ke dalamnya dan padatkan isinya
  • bungkus dengan rapi dan lakukan sehingga habis
  • setelah itu ambil dalam 3-5 biji dan ikat ketat dengan tali
  • lakukan sehingga habis
  • rebus selama 2 jam atau sehingga masak
  • sementara itu kukuskan kelapa parut dengan sehelai daun pandan
  • sejukkan dan gaulkan dengan garam
  • masak semua bahan air gula sehingga larut
  • angkat dan tapiskan. biarkan sejuk
  • cara menghidang: gaulkan kuih lopes dengan kelapa parut dan tuangkan air gula
  • hidangkan sebagai minuman pagi atau petang

source: bro rozzan

3 comments:

Melissa said...

Hi,

Is it possible if you could please translate this post in English? Your Kuih Loupes looks so good and I hope to try it, but I dont understand malay! Thanks

Am-flora said...

salam boreen, sedapnya kueh lopez, lama x makan, nak buat pun cam malas je..makan suka!

noreen said...

hi melissa - if you could send me your email address then i will translate it for you

to am-flora - yelah kalau dah tinggal jauh dr msia nie semuanya kene buat lagipun mmg peberet habis kuih nie tak susah mane pun nak buat

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin