Bahan2 A:
250gm tepung gandum atau tepung hongkong
250gm gula kastor
200 susu cair/sejat
50gm santan serbuk/segera
10 biji kuning telur
4 biji putih telur
1 sudu besar ovalette
Bahan2 B:
300gm mentega
1 camt pandan emulco - kalau tak ada boleh gunakan sedikit pandan esen atau pandan paste
sedikit pewarna hijau
kelapa parut kering (dessicated coconut) - optional
cara:
- griskan loyang empat segi saize 8" x 8" dan ketepikan
- pukul bahan2 A sehingga gebu dan kembang
- ketepikan
- kemudian pukul mentega sehingga kembang dan ringan (apabila diangkat dengan spatula ianya tidak mudah jatuh)
- masukkan ke dalam bahan2 A tadi dan kacau sehingga sebati
- bahagikan adunan kepada dua bahagian
- satu bahagian dibiarkan kepada warna asal
- satu bahagian lagi di campurkan dengan pandan emulco dan kacaukan rata
- panaskan oven pada suhu gril
- gunakan satu senduk lauk atau kira2 5-6 sudu besar untuk setiap lapisan dan bakar selama 5-7 min atau sehingga keperangan
- selepas setiap lapisan dibakar pastikan ianya ditekan dengan menggunakan sudu supaya mengeluarkan angin
- selepas itu sendukkan pula adunan warna hijau dan taburkan sedikit dessicated coconut dan bakar lagi
- lakukan sehingga habis kedua2 adunan dibakar
- akhir sekali tukarkan oven kepada suhu biasa 180C dan bakar lagi selama 5 min tujuannya supaya kek lapis tidak cepat basi
- keluarkan dari oven dan biarkan kek betul2 sejuk sebelum dikeluarkan dari loyang
note: jangan bubuh terlalu banyak dessicated coconut kerana ini akan membuat kek menjadi kering sedikit dan kurang lembab (moist). penggunaan dessicated coconut ini juga akan mengurangkan kemanisan pada kek
source: bro rozzan
0 comments:
Post a Comment