Pages

22 August 2009

Kuih koleh kacang


Bahan-bahan:
1 cawan tepung kacang hijau
2 cawan (500ml) santan
secubit garam

Bahan2 air gula:
1 cawan gula merah
2 sudu besar gula pasir
1 cawan (250ml) air
sehelai daun pandan - disimpul

Bahan2 tahi minyak:
1 cawan (250ml) santan pekat

cara:
  • masakkan 1 cawan santan pekat ke dalam mangkuk non-stick sehingga menjadi tahi minyak lebih kurang 1/2 jam dan sentiasa kacaukan
  • selepas itu tapiskan tahi minyak tadi dan jangan dibuang lebihan minyak
  • masukkan semula minyak tadi ke dalam mangkuk tadi
  • masak semua bahan2 air gula sehingga larut
  • tutupkan api dan biarkan sejuk
  • tapiskan air gula tersebut
  • selepas itu satukan tepung kacang hijau, air gula, garam dan 2 cawan santan ke dalam mangkuk
  • kacaukan sehingga sebati dan tidak berbentil
  • masukkan ke dalam mangkuk yang berisi minyak tadi
  • kacaukan adunan sehingga pekat dan likat seperti kastard
  • pastikan adunan dikacau selalu dan tidak berbentil
  • setelah itu tuangkan ke dalam loyang yang telah digriskan terlebih dahulu
  • biarkan kuih keras dahulu sebelum dipotong dan ditaburkan dengan tahi minyak

source: che 'iza, myr

3 comments:

blogresipi said...

Kuih pujaan yg tak dapat2 makan lg. :(

mummyseri said...

kak ni pon kuih peberet kite juge:)

noreen said...

to blogresepi - nape tak buat2 laei bukannya susah kalau susah dpt tepung kacang hijau blend je

to mummyseri - kuih nie mmg semua org suke kan

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin