Bahan-bahan:
1 cawan tepung kacang hijau
2 cawan (500ml) santan
secubit garam
Bahan2 air gula:
1 cawan gula merah
2 sudu besar gula pasir
1 cawan (250ml) air
sehelai daun pandan - disimpul
Bahan2 tahi minyak:
1 cawan (250ml) santan pekat
cara:
- masakkan 1 cawan santan pekat ke dalam mangkuk non-stick sehingga menjadi tahi minyak lebih kurang 1/2 jam dan sentiasa kacaukan
- selepas itu tapiskan tahi minyak tadi dan jangan dibuang lebihan minyak
- masukkan semula minyak tadi ke dalam mangkuk tadi
- masak semua bahan2 air gula sehingga larut
- tutupkan api dan biarkan sejuk
- tapiskan air gula tersebut
- selepas itu satukan tepung kacang hijau, air gula, garam dan 2 cawan santan ke dalam mangkuk
- kacaukan sehingga sebati dan tidak berbentil
- masukkan ke dalam mangkuk yang berisi minyak tadi
- kacaukan adunan sehingga pekat dan likat seperti kastard
- pastikan adunan dikacau selalu dan tidak berbentil
- setelah itu tuangkan ke dalam loyang yang telah digriskan terlebih dahulu
- biarkan kuih keras dahulu sebelum dipotong dan ditaburkan dengan tahi minyak
source: che 'iza, myr
3 comments:
Kuih pujaan yg tak dapat2 makan lg. :(
kak ni pon kuih peberet kite juge:)
to blogresepi - nape tak buat2 laei bukannya susah kalau susah dpt tepung kacang hijau blend je
to mummyseri - kuih nie mmg semua org suke kan
Post a Comment