Pages

4 July 2009

Sup ekor resepi IV

Bahan-bahan:
500gm ekor lembu
1 1/2 sudu besar tomato puri
1.5 liter / 6 cawan air
1 batang karot - dipotong bulat
2 batang saderi - dipotong kecil
1 biji ubi kentang - dipotong kecil
daun ketumbar - dihiris halus
lada hitam secukupnya - dikisar (bergantung pada selera masing2 jika ingin pedas)
125ml minyak masak
garam secukup rasa

Bahan2 kisar A:
2 sudu besar ketumbar biji
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih

Bahan2 kisar B:
10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai
1cm halia

Bahan2 tumis:
4 biji buah pelaga
1cm kulit kayu manis
6 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang

cara:
  • panaskan minyak, tumis ekor lembu sehingga perang sedikit
  • angkat dan tuskan. ketepikan
  • dalam minyak yang sama, masukkan rempah tumis dan bahan2 kisar B dan goreng sehingga naik bau
  • kemudian masukkan bahan2 kisar A
  • kacau di atas api yang kecil selama 3-4 min sehingga wangi
  • masukkan tomato puri
  • kacaukan rata
  • setelah itu masukkan pula ekor lembu, air dan renihkan
  • masukkan karot, ubi kentang dan saderi
  • renihkan sehingga ekor lembu empuk
  • perasakan dengan garam dan lada hitam yang telah dikisar
  • hiaskan dengan daun ketumbar dan bawang goreng sejurus sebelum menghidang

note: boleh juga jika hendak merebus dahulu ekor lembu dan simpankan stok

source: chef wan (ubah sikit)

2 comments:

blogresipi said...

Sup ekor sedap kan... dulu jakun takpernah makan.. terai sekali terus nak berkali kali... berhantu jugak ekor2 nie.hehehe

noreen said...

sup ekor mmg sedap tapi nak merebusnya fulamak kene standby atas dapur 3 jam tu kalau tak ada pressure cooker

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin