Pages

26 July 2009

Kuih lapis cendol

Bahan-bahan:
Bahan2 A:
1 1/2 cawan (170gm) tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
1/2 cawan (115gm) gula pasir
3 cawan santan
1 sudu kecil garam

1/2 cawan air gula merah - larutkan 1/2 cawan air panas dengan 3 sudu besar gula merah atau masakkan sehingga gula merah cair

1 cawan cendol
1/2 cawan air

cara:
  • panaskan kukusan terlebih dahulu dan pastikan penutup dilapik dengan aluminium foil atau kain supaya air tidak menitik ke atas kuih
  • sapukan sedikit minyak ke dalam loyang dan ketepikan
  • gaulkan semua bahan2 A dan tapiskan
  • bahagikan adunan kepada dua bahagian
  • masukkan air gula merah ke dalam satu bahagian adunan dan biarkan warna asal ke dalam satu bahagian
  • tambahkan cendol dan 1/2 cawan air ke dalam adunan warna asal supaya kecairannya sama dengan adunan gula merah tadi
  • bahagikan setiap adunan sama banyak
  • jadikan adunan gula merah 2 bekas dan adunan cendol 2 bekas
  • tuangkan 1 bekas adunan cendol ke dalam loyang dan kukuskan selama 5-8 min
  • kemudian tuangkan pula 1 bekas adunan warna asal dan kukus lagi selama 5-8 min
  • lakukan sehingga habis
  • untuk lapisan terakhir kukuskan selama 10 min
  • setelah masak keluarkan dari kukus dan biarkan betul2 sejuk barulah dipotong dan dihidangkan

source: k.hanieliza

4 comments:

blogresipi said...

Alamak, sdapnye kueh lapiss cendol nie...

ima said...

ya lah ijan,memang nampak sedap je kuih lapis ni...

mummyseri said...

kak... nmpak cantek sgt lapesnya tu ..:)

noreen said...

to blogresepi & ima - thanks
to mummyseri - nampak cantik tapi kene buat dulu cendol yelah kat sini semua kene buat sendiri

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin