Pages

21 July 2009

Maple syrup chiffon cake


Bahan-bahan:
3 biji telur kuning
35gm minyak jagung
1/4 camt garam
65gm maple syrup
30gm susu segar
90gm tepung kek
1/8 camt baking powder

3 biji putih telur
35gm gula kastor
1/4 camt cream of tartar

cara:
  • ayakkan tepung bersama2 dengan baking powder dan garam
  • ketepikan
  • kemudian dengan menggunakan hand whisker pukul kuning telur dengan maple syrup sehingga sebati
  • masukkan pula minyak dan susu dan pukul lagi sehingga sebati
  • kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil kacau rata
  • ketepikan
  • di dalam mangkuk adunan yang lain pukul putih telur bersama2 dengan cream of tartar sehingga berbuih
  • masukkan gula sedikit demi sedikit sambil dipukul lagi sehingga gebu dan kembang (pastikan apabila adunan di angkat dengan spatula ianya tidak mudah jatuh kerana proses ini penting untuk mendapatkan chiffon kek yang lembut dan ringan)
  • kemudian kaupbalikkan 1/4 adunan putih telur ke dalam adunan tepung tadi sehingga sebati
  • lakukan sehingga habis sebanyak 3 peringkat
  • setelah itu bolehlah tuangkan adunan ke dalam loyang saiz 18cm (tidak perlu digris) dan hentakkan sedikit supaya keluarkan lebihan angin
  • bakar pada suhu 175C selama 35-40 min atau sehingga masak
  • keluarkan dari oven dan biarkan sejuk dahulu barulah dikeluarkan dari loyang
    potong dan hidangkan sebagai minuman petang

note: petua untuk mendapatkan chiffon kek yang cantik jangan digris atau dilapik tin kek. cukup sekadar dilap dengan kain bersih. dasar dan dinding acuan yang tidak bergris akan membantu "memegang" kek yang di dalam proses mengembang-naik. chiffon kek yang cantik akan menghasilkan kek yang gebu dan berongga

source: happy flour

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin