Pages

11 July 2009

Beef samosa


Bahan-bahan:
1 frozen puff pastry dough - dipotong kiub/kecil
450gm daging cincang (minced beef) - boleh digantikan dengan ayam atau lamb cincang
2 biji ubi kentang saiz besar - dikupas kulit
1 cawan kacang peas
2 camb minyak untuk menumis
1/2 camt jintan putih (cumin seeds)
1 helai bay leaf - crushed
2 labu bawang besar - dipotong dadu atau dicincang
4 ulas bawang putih - crushed
1 camb chopped/minced ginger - yang siap dijual dalam botol kalau tak ada bolehlah ditumbuk sehingga halus
1/2 camt serbuk lada hitam
1 1/2 camt garam atau secukup rasa
1 camt serbuk jintan putih (ground cumin)
1 camt serbuk ketumbar (ground coriander)
1 camt serbuk kunyit (ground turmeric)
1 camt serbuk cili (chili powder)
1/2 camt serbuk kulit kayu manis (ground cinnamon)
1/2 camt serbuk buah pelaga (ground cardamon)
2 camb daun ketumbar yang telah dihiris halus
2 camb lada hijau yang telah dicincang halus

cara:
  • jerangkan air di dalam periuk dan taburkan sedikit garam
  • biarkan sehingga mendidih
  • kemudian masukkan ubi kentang dan kacang peas
  • rebus sehingga kedua2nya lembut
  • setelah itu toskan dan lecekkan kedua2nya sehingga hancur. ketepikan
  • panaskan minyak di dalam kuali
  • tumiskan bay leaf dan jintan putih sehingga keperangan
  • kemudian masukkan bawang besar dan daging cincang
  • gaulkan rata sehingga daging bertukar warna lebih kurang 5 min
  • masukkan pula bawang putih, halia dan gaulkan rata
  • setelah itu masukkan serbuk lada hitam, garam secukup rasa, serbuk jintan putih, serbuk ketumbar, serbuk cili, serbuk buah pelaga dan serbuk kulit kayu manis
  • gaulkan semua bahan sehingga sebati
  • masukkan pula ubi kentang dan kacang peas yang telah dilecekkan tadi
  • gaulkan rata
  • akhir sekali taburkan daun ketumbar dan cili hijau
  • gaulkan sebati dan angkat letakkan ke dalam mangkuk
  • biarkan sejuk
  • taburkan sedikit tepung di atas papan pencanai
  • ambil satu kiub puff pastry yang telah dipotong secara kecil
  • canaikan menjadi bentuk empat segi (lihat gambar)
  • letakkan satu sudu besar inti dan lipatkan bucu ke bucu (lihat gambar)
  • basahkan jari dengan sedikit air dan tekankan supaya melekat dan tidak terbuka apabila di bakar
  • lakukan sehingga habis dan susunkan di atas baking tray yang telah digris atau dilapikkan dengan non-stick paper
  • bakar pada suhu 180C selama 25 min atau sehingga keperangan
  • bolehlah dihidangkan panas2 untuk minuman petang

note: inti memang sedap. kalau tidak mahu menggunakan puff pastry bolehlah digantikan dengan samosa sheet. cara membungkus ikut suka masing2

source: muna (diubah sedikit)

5 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin