Pages

1 July 2009

Rendang ayam pedas resepi II

Bahan-bahan:
1 1/2 kg ayam - dipotong 12 keping atau ikut suka masing2
3 cawan santan dari 1 1/2 biji kelapa
1 helai daun kunyit - dihiris halus
garam dan gula secukup rasa
kerisik dari 1/2 biji kelapa

Bahan2 kisar:
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 batang serai
1/2 cm halia
1/2 cm lengkuas
1/2 cam kunyit hidup
5 biji cili padi - kalau nak pedas boleh tambah lagi
3 biji buah keras
2 camb cili kisar

cara:
  • satukan ayam dan bahan2 kisar di dalam periuk
  • masakkan di atas api sederhana panas
  • kemudian tuangkan santan dan kacau sehingga sebati
  • biarkan kira2 1/2 jam sehingga kuah hampir2 kering
  • masukkan kerisik, garam dan gula secukup rasa
  • akhir sekali masukkan daun kunyit dan kacaukan sebati
  • kepekatan atau kekeringan kuah bergantung pada selera masing2
  • biarkan sehingga ayam masak
  • setelah itu bolehlah dihidangkan dengan nasi dan lauk pauk yang lain

source: chef wan

3 comments:

blogresipi said...

Sebut rendang mesti teringat hari raya jer.. hehe... makan dengan lemang time raya memang best tak ingat... makan lemang cikit, ayam lebih lagi sodap. :D

Mima's Oven said...

Wow! Rendang ni best. Warna nyer sunnguh menyelerakan. Yum yum yum...terasa lapar plak...hehehe

Mizz Yumm said...

Mmm... sedapnyer... baunye time lps masak mmg buat sume perut berbunyi. x sabar nak mkan... nyam3 =P

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin