Bahan2 A:
50gm mentega
120gm philadelphia cream cheese
20gm susu segar
Bahan2 B:
5 biji kuning telur
30gm tepung gandum
30gm tepung jagung
1 camb serbuk koko
1 camt esen vanila
Bahan2 C:
5 biji telur putih
80gm gula kastor
1/4 camt cream of tartar
cara:
- masak bahan2 A secara double boiler sehingga sebati
- angkat dan biarkan sejuk. ketepikan
- kemudian masukkan bahan2 B ke dalam bahan2 A dan kacaukan sehingga sebati. ketepikan
- setelah itu pukul telur putih dengan cream of tartar sehingga berbuih
- kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit sambil dipukul sehingga gebu dan kembang (pastikan apabila adunan di angkat dengan spatula ianya tidak mudah jatuh kerana proses ini penting untuk mendapatkan chiffon kek yang lembut dan ringan)
- kemudian kaupbalikkan 1/4 adunan putih telur ke dalam adunan cream cheese tadi sehingga sebati
- lakukan sehingga habis sebanyak 3 peringkat
- setelah itu bolehlah tuangkan adunan ke dalam loyang saiz 20cm (tidak perlu digris) dan hentakkan sedikit supaya keluarkan lebihan angin
- bakar pada suhu 180C selama 35-40 min atau sehingga masak
- keluarkan dari oven dan biarkan sejuk dahulu barulah dikeluarkan dari loyang
potong dan hidangkan sebagai minuman petang
note: petua untuk mendapatkan chiffon kek yang cantik jangan digris atau dilapik tin kek. cukup sekadar dilap dengan kain bersih. dasar dan dinding acuan yang tidak bergris akan membantu "memegang" kek yang di dalam proses mengembang-naik. chiffon kek yang cantik akan menghasilkan kek yang gebu dan berongga
0 comments:
Post a Comment