Pages

17 July 2009

Chocolate marble rolls




Bahan-bahan (12 biji):
Bahan2 chocolate paste:
20gm tepung kek
50gm gula pasir
1 biji telur putih
80ml susu segar
18gm serbuk koko
10gm mentega

Bahan2 doh:
240gm tepung roti
60gm tepung kek
55gm gula pasir
10gm susu tepung
2 camt instant yeast
1/2 biji telur
150ml air sejuk
30gm mentega
5gm (1 camt) garam

cara:

  • cara membuat chocolate paste: satukan gula pasir dan tepung kek ke dalam putih telur dan kacaukan sebati. ketepikan
  • panaskan susu di dalam mangkuk tahan panas dengan api sederhana panas sehingga hampir2 mendidih
  • masukkan serbuk koko dan kacaukan rata
  • setelah itu tuangkan campuran putih telur tadi dan kacaukan lagi sehingga sebati
  • akhir sekali masukkan mentega dan kacaukan lagi sehingga sebati
  • angkat dan biarkan sejuk sebelum disimpan di dalam fridge supaya keras sedikit
  • cara membuat doh: masukkan semua bahan ke dalam BM dan tekankan untuk setting doh
  • tunggu sehingga siap selama 1 1/2 bergantung pada jenis BM
  • kemudian keluarkan doh dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  • tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
  • kemudian bentukkan doh menjadi bulat dan rehatkan selama 10-15 min
  • keluarkan chocolate paste yang disimpan di dalam fridge
  • bentukkan menjadi bulat dan letakkan di atas plastik freezer yang telah dibelah dua
  • kemudian canaikan chocolate tadi supaya menjadi bentuk 4 segi
  • selepas itu canaikan pula doh menjadi bentuk triangle
  • ambil chocolate paste tadi dan letakkan di atas doh tadi
  • kemudian lipatkan doh kiri dan kanan (lipat dua) supaya menutupi chocolate paste
  • canaikan lagi doh tadi menjadi bentuk triangle dan kemudian dilipat bahagian kiri ke dalam dan lipat bahagian kanan ke dalam menidih bahagian kiri tadi (lipat dua lagi - cara seperti membuat croissant)
  • ulangi lagi sehingga 3-4 kali
  • kemudian gulungkan doh tadi seperti swiss roll
  • potongkan kepada 12 bahagian dengan setiap satu seberat 60gm
  • bentukkan setiap satu menjadi bulat dan susunkan ke dalam loyang
  • pastikan dijarakkan dengan 1 jari setiap satu dengan yang lain
  • kemudian biarkan doh naik sekali lagi selama 45 min ke 1 jam
  • jika berada di negara 4 musim bolehlah disimpan loyang tadi ke dalam oven tanpa perlu ON kan
  • apitkan kiri kanan atau atas loyang tadi dengan dua cawan air panas untuk mempercepatkan proses penaikkan doh
  • setelah doh naik bakar pada suhu 180C selama 15-20 min atau sehingga masak dan keperangan
  • keluarkan dari oven dan sapukan dengan sedikit olive oil
  • enak dimakan untuk minuman pagi atau petang

note: kelembutan roti nie buleh tahan sehingga 4-5 hari

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin