Pages

29 June 2009

Lemon chicken resepi II

Bahan-bahan:
400gm chicken breast
1 sudu makan halia yang telah dikisar

2 sudu makan tepung beras
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu makan lada sulah
1 sudu kecil garam
1 sudu makan gula pasir
2 biji telur
2 sudu makan susu cair

Bahan2 sos lemon:
4 sudu makan jus lemon
5 sudu makan gula pasir
3 sudu makan tepung jagung
300ml air atau secukupnya bergantung pada kepekatan kuah yang diingini
1 sudu makan cuka
setitik dua lemon paste - kalau tak ada pun tak apa cuma lebihkan jus lemon

cara:
  • chicken breast dilumurkan dengan halia kisar dan perapkan sebentar
  • kemudian satukan tepung gandum, tepung jagung, lada sulah, garam, gula, telur dan susu di dalam pinggan/mangkuk
  • gaulkan sebati
  • selepas itu panaskan kuali dengan minyak yang banyak (terendam)
  • celupkan ayam ke dalam campuran tepung tadi dan gorengkan dengan api sederhana panas sehingga masak
  • angkat dan toskan minyaknya
  • cara membuat sos: satukan semua bahan dan masak di dalam mangkuk tahan panas (sos hendaklah rasa masam2 manis)
  • kacau sehingga kuah menjadi pekat sedikit
  • selepas itu tuangkan ke atas ayam goreng tadi
  • hidangkan panas2

source: jeni

2 comments:

Anonymous said...

Nampak crispy jer ayam tue... cicah dengan sos cili aci tak? hehe :D

noreen said...

kalau cicah ngan thai sweet chili sedap tu

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin