Pages

10 June 2009

Bahulu kukus resepi I


Bahan-bahan (12 biji bergantung pada saiz):
300gm tepung gandum
1/2 camt soda bikarbonat
5 biji kuning telur
4 biji putih telur
250gm gula pasir
1/2 camt esen vanila
175ml sprite/7up
sedikit pewarna - ikut suka

cara:
  • ayakkan tepung dengan soda bikarbonat dan ketepikan
  • susunkan muffin cup ke dalam bekas aluminium yang kecil dan ketepikan
  • didihkan air kukusan
  • pukul telur, gula pasir dan esen vanila sehingga kembang
  • masukkan sedikit tepung berselang-seli dengan air sprite/7up sebanyak 3 kali (tepung-sprite-tepung-sprite-tepung-sprite) sambil dipukul sehingga sebati
  • bahagikan adunan kepada 2 bahagian
  • warnakan satu bahagian dengan warna yang disukai dan biarkan satu lagi adunan tanpa warna
  • sudukan setiap adunan ke dalam acuan yang telah disediakan
  • kukus sehingga masak lebih kurang 15-20 min
  • pastikan baulu dicucuk dengan lidi untuk memastikan ianya betul2 masak (kadang2 bahagian atas masak tetapi bahagian bawah tidak masak)
  • selepas masak bolehlah dihidangkan sebagai minuman petang

source: majalah saji

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin