Pages

7 June 2009

Ikan sepat masak lemak nenas

Bahan-bahan:
1/2 biji nenas masak - dipotong serong jangan terlalu nipis (boleh juga gunakan nenas dalam tin)
4 ekor ikan sepat
3 cawan santan pekat
1 cawan air
garam secukup rasa
serbuk perasa - jika suka

Bahan2 kisar:
10 batang cili padi
1 labu bawang besar
1 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
1 inci belacan

cara:
  • masukkan nenas, ikan sepat, bahan2 kisar dan air ke dalam mangkuk
  • masak di atas api yang sederhana selama 10 min sehingga ikan sepat masak
  • masukkan pula santan, garam dan serbuk perasa
  • biarkan sehingga kuah mendidih
  • kemudian bolehlah dipadamkan api dan siap untuk dihidangkan

source: D

6 comments:

hani said...

ini adalah lauk favourite saya... :)

FiDa@aMiDa said...

meleleh air liur aku nengok ikan sepat tu beb :)

noreen said...

hani ... kebetulan kat oriental shop ada jual ikan sepat i bantai beli few packets then buat ikan masin ... bukan selalu dpt ikan nie tu pun kawan i suruh buat lebih ikan masin

noreen said...

tu lah ko fida aku suruh ko transfer sini kan senang leh selalu mai umah aku makan preee ahak

blogresipi said...

Masak lemak kuning2 memang best.. makan dengan sambal belacan n nasi panas lagi best :)

lauk ni sedap!! said...

u buat sendirik ikan masin tuh?? ohmai.. pengsan.

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin