Pages

28 June 2009

Laksa johor resepi II


Bahan-bahan (12-15 orang):
1 paket spagetti

Bahan2 A:
1kg ikan kembong atau ikan parang (optional)
100gm udang basah
50gm udang kering - direndam sekejap
20gm isi ikan kurau - dibakar sekejap

Bahan2 B - kisar:
3 labu bawang besar
15 tangkai cili kering
2 ibu jari halia
2 ibu jari lengkuas
2 ibu jari kunyit hidup
4 ulas bawang putih

2 batang serai - diketuk
2 keping asam keping
1 kotak santan pekat/ lebih
1 paket kerisik
1 paket kecil rempah kari
Garam dan gula secukup rasa

Bahan2 sampingan:
2 biji limau kasturi belah
timun - di racik halus
tauge - buang ekor
bawang besar - hiris bulat
lada merah/lada hijau - dihiris
Daun kesum / daun selasih / daun pudina - diracik halus
sambal belacan

cara:
  • masak air di dalam mangkuk secukupnya sehingga mendidih
  • setelah itu masukkan 1 sudu besar minyak dan jugak spagetti
  • rebus sehingga spagetti lembut
  • angkat dan toskan. ketepikan
  • rebus ikan kembong, udang basah sehingga ikan masak
  • angkat dan toskan
  • jangan buang air rebusan ikan kerana akan digunakan untuk memasak kuah
  • buangkan tulang ikan
  • mesin isi ikan, udang basah, udang kering dan isi ikan kurau sehingga halus. ketepikan
  • panaskan minyak di dalam kuali
  • masukkan serai dan bahan2 B yang telah dikisar sehingga wangi
  • bila garing, masukkan rempah kari dan kacau sebentar
  • kemudian masukkan bahan2 A yang telah dikisar
  • kacau rata
  • masukkan santan dan 2 mangkuk air rebusan ikan
  • kacau sebati
  • akhir sekali masukkan asam keping, kerisik, gula dan garam secukupnya
  • kacaukan agar semua bahan sebati
  • renihkan dengan api sederhana panas sehingga kuah pekat lebih kurang 1 - 1 1/2 jam kerana lebih lama dimasak kuah akan bertahan lama tanpa perlu disimpan di dalam fridge
  • cara menghidang: masukkan spagetti ke dalam mangkuk diikuti dengan timun, taugeh, bawang, limau, kuah dan sambal belacan

source: freeda, myr (ubah sedikit)

2 comments:

Anonymous said...

Sedapnye..kuah die nampak pekat betul.

noreen said...

kalau duduk kat kl mmg tak buatlah gi je kat laksa shack sedap giler

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin