Pages

23 June 2009

Soft apple roll



Bahan-bahan (6 rolls):
160gm tepung roti
40gm tepung kek
6gm (1 1/2 camt) instant yeast
40gm gula pasir
2gm garam
10gm susu tepung
10gm unsalted butter
1 biji telur
80gm air

egg wash - campuran 1 biji telur & 2 camt air

Bahan2 inti:
230gm apple (dalam 2 biji) - dikupas kulit dan potong kecil
50gm gula pasir
1 camt jus lemon
100ml air
1/2 camt esen vanila

icing glaze - gula aising, air

cara:
  • untuk inti: masukkan semua bahan ke dalam mangkuk tahan panas
  • masak dengan api sederhana panas sehingga apple menjadi lembut dan gula larut dan menjadi pekat
  • angkat dan biarkan sejuk
  • untuk roti: masukkan semua bahan ke dalam BM dan tekankan untuk setting doh
  • tunggu sehingga siap selama 1 1/2 bergantung pada jenis BM
  • kemudian keluarkan doh dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  • tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
  • kemudian bentukkan doh menjadi bulat dan rehatkan selama 10-15 min
  • ambil doh tadi dan canaikan sebesar 20x30cm (gambar no. 1 & 2)
  • taburkan inti apple tadi ke atas doh (gambar no. 3)
  • kemudian gulungkan seperti swiss roll (gambar no. 4 & 5)
  • setelah itu potongkan kepada 6 bahagian
  • susunkan ke dalam springform pan yang telah digriskan terlebih dahulu (gambar no. 6)
  • biarkan doh naik sekali lagi selama 45 min ke 1 jam
  • jika berada di negara 4 musim bolehlah disimpan loyang tadi ke dalam oven tanpa perlu ON kan
  • apitkan kiri kanan atau atas loyang tadi dengan dua cawan air panas untuk mempercepatkan proses penaikkan doh (gambar no. 7 & 8)
  • setelah doh naik (gambar no. 9) bolehlah disapukan dengan eggwash (gambar no. 10)
  • bakar pada suhu 180C selama 25 min atau sehingga masak dan keperangan
  • keluarkan dari oven dan tuangkan icing glaze ke atas roti
  • enak dimakan untuk minuman petang

note: selepas 4 hari roti nie masih lagi lembut dan basic doh untuk resepi nie boleh digunakan untuk untuk ape2 resepi pun kerana kelembutan texturenya

source: dd

3 comments:

MyPeriukBelanga said...

alamak, dekni asik pakai BM jer. aku tadak BM lerr, uli pakai tangan camner cara2nya pulak?

noreen said...

dah ada BM gune ler mak daro eeeiiii takan nak buat pekasam lak ... laei pun keje senang tapi sebenarnya tak susah pun kalau nak uli guna tangan cuma maleh kalau karang melekit2 ahak ... ala gi ler sambo satu ... tapi resepi nie mmg lembut bangat n sodap tak rugi mencuba

Anonymous said...

salam noreen
saya dah try recipe bun ni..mmg lembut sgt. Dah frozen then defrost pon still lembut. Tapi sticky lah..ker saya salah method? FYI, saya guna cik bread maker. Apa2 thx for this great soft bun recipe and other recipes look great too. Definitely will try them out

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin