Pages

9 June 2009

Chocolate chips coffee buns


Bahan-bahan (7 biji):
250gm tepung roti
15gm susu tepung
5gm (1 1/2 camt) instant yis
1/4 camt bread improver - optional kalau tak ada pun texture roti still lembut
40gm gula pasir
1/2 camt garam
1 biji telur
110gm chocolate milk
4 camt nescafe coffee powder atau kenco (di UK)
30gm mentega

chocolate chips secukupnya - sebagai inti

cara:
  • panaskan chocolate milk dan nescafe ke dalam mangkuk tahan panas sehingga nescafe larut dan sebati
  • kemudian padamkan api oven dan biarkan sejuk
  • masukkan semua bahan termasuk campuran nescafe ke dalam breadmaker dan tekankan untuk setting doh
  • tunggu sehingga siap lebih kurang 1 1/2 jam
  • setelah itu keluarkan dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  • tumbuk2kan doh tadi dan bentukkan menjadi bulat
  • rehatkan selama 10 min
  • kemudian bahagikan doh kepada 7 bahagian dengan setiap satu seberat 70gm
  • bentukkan menjadi bulat dan lakukan sehingga habis
  • ambil satu doh dan canaikan menjadi bentuk segi empat bujur 14cm x 12cm
  • taburkan sedikit chocolate chips dan gulungkan seperti swiss roll
  • lakukan sehingga habis dan susunkan ke atas loyang yang telah digriskan dengan mentega
  • setelah itu biarkan doh naik sekali lagi selama 45 min
  • jika berada di negara 4 musim bolehlah disimpan loyang tadi ke dalam oven tanpa perlu ON kan
  • apitkan kiri kanan atau atas loyang tadi dengan dua cawan air panas untuk mempercepatkan proses penaikkan doh
  • kemudian bakar pada suhu 190C selama 12-15 min atau sehingga masak dan keperangan
  • keluarkan dari oven dan sapukan dengan sedikit olive oil supaya permukaan roti sentiasa lembut

source: happy flour (diubah suai sedikit)

2 comments:

mummyseri said...

ai kak..suke la tgk roti2 yg akak wat..semua best..

noreen said...

thanks

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin