Pages

21 June 2009

Marshmallows

Bahan-bahan:
1 cawan (110gm) icing sugar
2 camb + 1 1/2 camt gelatin
1 cawan air sejuk - dibahagi dua
2 cawan (450gm) gula pasir
1/2 cawan light corn syrup - boleh substitute guna golden syrup
1/4 camt garam
2 biji telur putih
1 camb esen vanila

cara:
  • griskan loyang 4 segi bersaiz 13x9x2 dan taburkan sedikit icing sugar
  • ketepikan
  • kemudian satukan gelatin dan 1/2 cawan air sejuk ke dalam mangkuk, kacau dan biarkan sehingga beku
  • panaskan gula pasir, corn/golden syrup, 1/2 cawan air sejuk dan garam dengan api yang sederhana panas
  • kacau sehingga gula larut
  • setelah itu kuatkan api dan biarkan sehingga mendidih tanpa perlu dikacau
  • angkat dan masukkan ke dalam campuran gelatin tadi
  • kacau sehingga sebati
  • pukul adunan sehingga gebu, pekat dan adunan naik 3 kali ganda selama lebih kurang 10 min
  • ketepikan
  • di dalam mangkuk yang lain pukul putih telur dengan esen vanila sehingga berbuih
  • kemudian tuangkan ke dalam campuran gelatin yang telah dipukul tadi
  • pukul lagi cukup sekadar sebati
  • setelah itu tuangkan ke dalam loyang yang telah disediakan dan taburkan sedikit icing sugar
  • biarkan sekurang2nya 3 jam atau semalaman tanpa perlu ditutup
  • keluarkan dari loyang dan potong marshmallow tadi selebar 1 inci
  • golekkan marshmallows ke atas icing sugar dan bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara atau hidangkan dengan hot chocolate

source: majalah gourmet

3 comments:

FiDa@aMiDa said...

wah noreen

hebat ko marshmallow homemade lagi tu

best ni tapi aku kena cari gelatin dulu baru leh buat hehehe

noreen said...

nanti balik kl gi borong banyak2 esok2 kalau stok aku dah habis leh mintak kat ko lak ahak

Mila said...

saya ade wat ni..tp xmenjadi..
masa tgk adunan tu gebu mcm iye2 je jadi..skali dh tggl semlamam pon tetap melekit...texture dah ade..huhu..
tp ade satu step sy terskip...gelatin tu beku...sy tak tggu gelatin tu beku..
next time nk cuba lagi..:)

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin