Pages

16 June 2009

Cream cheese chiffon cake


Bahan-bahan:
70gm susu segar
65gm philadelphia cream cheese
30gm mentega
75gm tepung kek
1/4 camt baking powder
4 biji telur kuning
1/4 camt garam

4 biji telur putih
1/4 camt cream of tartar
85gm gula kastor

cara:
  • masak mentega, cream cheese dan susu segar secara double boiler (lihat gambar) sehingga semuanya sebati dan pekat
  • ketepikan dari api dan biarkan sejuk
  • ayakkan tepung bersama2 dengan baking powder dan ketepikan
  • pukul kuning telur dan garam sehingga sebati
  • kemudian masukkan campuran adunan cheese tadi dan pukul lagi sehingga rata
  • selepas itu kaupbalikkan tepung ke dalam adunan sehingga sebati
  • ketepikan
  • di dalam mangkuk adunan yang lain pukul putih telur bersama2 dengan cream of tartar sehingga berbuih
  • masukkan gula sedikit demi sedikit sambil dipukul lagi sehingga gebu dan kembang (pastikan apabila adunan di angkat dengan spatula ianya tidak mudah jatuh kerana proses ini penting untuk mendapatkan chiffon kek yang lembut dan ringan)
  • kemudian kaupbalikkan 1/4 adunan putih telur ke dalam adunan cheese tadi sehingga sebati
  • lakukan sehingga habis sebanyak 3 peringkat
  • setelah itu bolehlah tuangkan adunan ke dalam loyang (tidak perlu digris) dan hentakkan sedikit supaya keluarkan lebihan angin
  • bakar pada suhu 175C selama 40-45 min atau sehingga masak
  • keluarkan dari oven dan biarkan sejuk dahulu barulah dikeluarkan dari loyang
  • potong dan hidangkan sebagai minuman petang

note: petua untuk mendapatkan chiffon kek yang cantik jangan digris atau dilapik tin kek. cukup sekadar dilap dengan kain bersih. dasar dan dinding acuan yang tidak bergris akan membantu "memegang" kek yang di dalam proses mengembang-naik. chiffon kek yang cantik akan menghasilkan kek yang gebu dan berongga

source: alex goh

2 comments:

3E said...

nice blog noreen. i linkkan ur blog with mine ya....

noreen said...

thanks ... buleh

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin