Pages

25 June 2009

Ikan tiga rasa resepi III

Bahan-bahan:
500gm ikan bawal / ikan siakap
4 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
2 sudu besar halia yang telah dicincang
1 sudu besar bawang putih yang telah dicincang
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar cili sos
beberapa titik minyak bijan - optional
2ooml air
1 sudu besar bancuhan tepung jagung
3 tangkai daun ketumbar
2 tangkai cili merah - dibuang biji dan dicincang kasar
minyak secukupnya

cara:
  • panaskan minyak
  • campurkan kedua2 jenis tepung
  • lumurkan ikan dengan serbuk lada sulah
  • sadurkan ikan bersama tepung dan goreng sehingga masak
  • toskan minyaknya dan ketepikan
  • setelah itu panaskan 3 sudu besar minyak
  • tumiskan halia dan bawang putih sekejap cukup sekadar layu sahaja
  • masukkan air,kecilkan api dan renehkan buat seketika
  • setelah itu masukkan ketiga2 sos dan kacau rata
  • masukkan pula beberapa titik minyak bijan dan bancuhan tepung jagung
  • kacaukan sebati
  • padamkan api dan tuangkan kuah ke atas ikan yang telah digoreng tadi
  • taburkan daun ketumbar dan cili merah cincang
  • hidangkan bersama2 dengan nasi dan lauk pauk

source: noormasri

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin