Pages

7 June 2009

Kek cokelat

Bahan-bahan:
225gm tepung naik sendiri (self-raising flour)
55gm serbuk koko
4 biji telur
225gm gula kastor
340gm mentega
3 camb susu manis (condensed milk)
55gm air
1 camt esen vanila

cara:
  • griskan loyang kek bersaiz 8" dan ketepikan
  • ayak tepung dan serbuk koko secara berasingan. ketepikan
  • bancuhkan susu dengan air dan ketepikan
  • panaskan oven pada suhu 160C dan apabila hendak masukkan kek barulah diturunkan kepada suhu 150C
  • pukul mentega, gula dan esen vanila sampai gebu dan ringan (apabila di angkat dengan spatula adunan tidak mudah jatuh)
  • masukkan telur satu persatu dan pukul lagi sehingga rata
  • masukkan 1/2 bahagian tepung, 1/2 bahagian serbuk koko dan 1/2 bahagian air susu (tepung-serbuk koko-air susu)
  • pukul lagi sehingga rata
  • masukkan lagi lebihan tepung, serbuk koko dan air susu dan pukul lagi sehingga rata
  • masukkan tin ke dalam loyang dan hentakkan sedikit supaya keluarkan lebihan angin
  • bakar selama 60 min atau sehingga masak
  • setelah 45 min, sila buka oven dan lihat keadaan kek
  • jika masih belum masak, turunkan kepanasan oven kepada 140C dan biarkan sehingga ia masak
  • untuk mengetahui kek sudah masak, cucu dengan lidi atau cake tester
  • jika lidi bersih apabila dikeluarkan, bermakna kek sudah masak

note: senang, mudah dan sedap ... kek nie boleh dijadika basic kek dan hiaskan dengan glazing

source: k.rossya

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin