Pages

2 April 2010

Kuih baulu

Bahan-bahan:
350gm tepung gandum
6 biji telur Gred A - asingkan putih & kuning telur
350gm gula kastor
1 camt esen ros/vanila
1/2 camt soda bikarbonat
sedikit minyak untuk melengser

cara:
  • ayakkan tepung sebanyak 3 kali dengan soda bikarbonat dan ketepikan
  • pukul putih telur sehingga kembang
  • masukkan sedikit demi sedikit gula dan pukul lagi sehingga kental
  • bubuh pula kuning telur dan pukul lagi sehingga gebu
  • ambil 1/4 bahagian adunan
  • campurkan dengan tepung dan sedikit esen ros
  • kacau rata-rata
  • tutupkan baki bancuhan telur dan pastikan ia dipukul sebentar sebelum dicampurkan dengan 1/4 bahagian tepung lagi dan esen ros (jangan campur tepung sekaligus, ia hendaklah dibuat in four batches)
  • lakukan sehingga habis bancuhan telur dan tepung digunakan
  • panaskan sekejap acuan dalam oven api atas dan bawah pada suhu 190-200C (suhu bergantung pada oven masing-masing)
  • kemudian keluarkan acuan dan lengserkan dengan sedikit minyak
  • bubuh 1 sudu kecil adunan dan masak selama 10-12 min
  • lakukan sehingga habis adunan digunakan
  • biarkan bauhu betul2 sejuk barulah disimpan di dalam bekas kedap udara

source: puan norzailina nordin

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin