Pages

9 April 2010

Red bean bun


Bahan-bahan (8 biji):
bahan2 A:
200gm tepung roti
20gm tepung gandum
25gm gula pasir
1/4 camt garam
1/2 camt + 1/4 camt yis
15gm susu tepung
25gm (1/2 biji) telur
115gm air
15gm mentega

bahan2 B:
inti kacang merah secukupnya
bijan secukupnya
eggwash secukupnya

cara:
  • masukkan bahan2 A ke dalam breadmaker dan tekankan untuk setting dough
  • tunggu sehingga siap lebih kurang 1 1/2 jam
  • setelah siap keluarkan doh dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  • tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
  • bahagikan doh kepada 8 bahagian dengan setiap satu seberat 50gm
  • bentukkan menjadi bulat dan rehatkan selama 15 min
  • selepas itu ambil satu doh tadi dan leperkan di atas tapak tangan
  • isikan 1 sudu kecil inti kacang merah dan tutupkan semula
  • lakukan sehingga habis
  • rehatkan lagi selama 10 min
  • kemudian ambil satu, leperkan dan gunting kepada 8 bahagian seperti di dalam gambar di atas
  • letakkan di atas dulang yang telah digriskan terlebih dahulu
  • sapukan permukaan doh dengan eggwash dan taburkan dengan sedikit bijan
  • lakukan sehingga habis
  • rehatkan lagi sehingga doh naik sekali lagi selama 30-40 min
  • bakar pada suhu 180C selama 12-15 min atau sehingga masak
  • setelah itu bolehlah dikeluarkan loyang tadi dari oven dan biarkan sejuk barulah dihidangkan

source: kitchen corner

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin