Pages

27 March 2010

Mee rebus resepi III

Bahan-bahan (4 orang):
400gm mee kuning - celurkan
sayur sawi secukupnya - celurkan
taugeh secukupnya - celurkan
telur rebus secukupnya
tauhu goreng secukupnya - dihiris
limau nipis/kasturi secukupnya - dibelah
lada merah secukupnya - dihiris
daun sup/daun bawang secukupnya - dihiris

bahan2 untuk kuah:
5 helai cili kering - kalau nak pedas lebihkan
segenggam udang geragau - kalau tak ada boleh gantikan dengan udang kering, tumbuk halus
1/2 labu bawang besar atau 3-5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 sudu makan sos tomato - boleh gantikan dengan air asam jawa
2 biji keledek sederhana besar - rebus 300gm daging - direbus sehingga lembut, air rebusan jangan dibuang
udang segar secukupnya - direbus, air rebusan jangan dibuang
1 sudu besar gula melaka
garam dan perasa secukupnya

cara:
  • kisar keledek dengan air rebusan daging dan air rebusan udang
  • ketepikan
  • daging yang telah direbus tadi dihiris nipis2 dan ketepikan
  • potong kecil kedua2 bawang dan cili kering
  • panaskan sedikit minyak
  • gorengkan sekejap bawang dan cili kering
  • angkat dan biarkan sejuk
  • kemudian kisarkan dengan halia dan lengkuas sehingga halus
  • panaskan minyak dalam periuk
  • tumiskan bahan2 kisar sehingga pecah minyak
  • masukkan sos tomato, udang geragau/udang kering dan tumiskankan lagi sehingga sebati
  • kemudian masukkan keledek kisar tadi, daging hiris, lebihan air rebusan udang & daging (jangan masukkan semua kerana kepekatan ikut selera masing2), gula melaka, garam dan perasa secukupnya
  • kacau rata
  • biarkan kuah mendidih dan pekat
  • akhir sekali masukkan udang
  • padamkan api
  • letakkan mee kuning, tauhu goreng, telur rebus, taugeh, sawi, cili merah, limau kasturi/nipis, daun bawang/bawang goreng ke dalam mangkuk
  • tuangkan kuah ke atasnya
  • siap untuk dihidangkan

source: hana, myr

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin