Pages

13 March 2010

Mee goreng basah

Bahan-bahan:
600gm mee
sotong secukupnya
udang secukupnya
secekak daun sawi - dipotong
taugeh secukupnya
1 sudu besar cili kisar
1/2 sudu besar sos tiram
4 sudu besar sos tomato
1/2 sudu besar kicap pekat
3 cawan air panas
3 ulas bawang putih - diketuk/tumbuk
garam, gula & perasa secukup rasa

cara:
  • panaskan minyak
  • tumiskan bawang putih sehingga wangi
  • masukkan cili kisar dan tumiskan sehingga pecah minyak
  • kemudian masukkan sotong, udang dan kacaukan rata
  • setelah itu masukkan sos tiram, sos tomato, kicap, gula, garam dan perasa secukup rasa
  • kacaukan rata
  • masukkan air panas (agak2 jangan masukkan semua) dan biarkan sehingga mendidih
  • kemudian masukkan mee, daun sawi dan kacaukan rata
  • boleh tambahkan lagi air panas jika kuah sudah mulai kering
  • kecilkan api dan biarkan selama 4 min
  • gaulkan sebati
  • padamkan api dan akhir sekali barulah dimasukkan taugeh
  • gaulkan rata
  • angkat dan hidangkan (jangan biarkan mee di dalam kuali terlalu lama kerana ianya mudah kering)

source: tulip77, myr

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin